Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak meng­untungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahir­nya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau me­nanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perda­gangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
satcheln beg galas: the child set off with his school ~ over his shoulder, budak itu pergi dgn menyandang beg galas sekolahnya di bahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ball-bearingn galas bebola.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoulder-bag n beg galas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pack sack n beg galas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knapsackn ransel, beg galas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duffle bagn beg galas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoulder vt 1. place (burden) on shoulder, memikul, membahu: they ~ed their knapsacks and started the long climb, mereka memikul beg galas dan memulakan pendakian yg akan memakan masa yg lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greasevt apply grease to, menggris, membubuh gris pd; (cake tin etc), /melumuri, menyapu/ [sst] dgn gris: the mechanic ~d the ball-bearings, mekanik itu menggris galas bebola; she ~d the cake tin first, dia melumuri tin kuih dgn gris terlebih dahulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pack1n 1. things tied together, bundled up, etc for carrying on the back, bungkusan: they tied the ~s to the mule, mereka mengikat bungkusan-bungkusan pd baghal itu; 2. bag for carrying on the back, beg galas: he climbed the cliff with his ~ on his back, dia memanjat cenuram itu dgn beg galas di belakangnya; 3. small container in which goods are packed, pek: a six- ~ of orange juice, satu pek enam tin oren; 4. (US) packet, paket, bungkus, kotak: a ~ of cigarettes, satu kotak rokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bearingn 1. outward behaviour, (ber)perawakan: he has a distinguished ~, dia berperawakan spt orang kenamaan; a man of soldierly ~, orang yg mempunyai perawakan spt perwira; 2. relation, relevance, kaitan, hubungan, pertalian: what he had said has no ~ on the dispute, kata-katanya itu tdk ada kaitannya dgn pertikaian ini; 3. aspect, aspek, segi: it is necessary to look at the issue in all its ~s, perlu ditinjau persoalan itu dr segala aspeknya; 4. (mech), (usu in pl) galas: main ~, galas utama; 5. als/o compass ~__, bering, kedudukan: to take a ~ on the ship in distress, menentukan kedudukan kapal yg berada dlm kecemasan itu; 6. (usu in pl) position rel to surroundings, kedudukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas