Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak meng­untungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahir­nya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau me­nanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perda­gangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
bearinggalasgalasgalasKejuruteraan
bridge bearinggalas jembatangalas jambatangalas jambatanKejuruteraan
bearing platepelat galasplat galasplat galasKejuruteraan
bearing platepelat galasplat galasplat galasKejuruteraan
bearing stresstegangan galastegasan galastegasan galasKejuruteraan
bearing capacitydaya galaskeupayaan galaskeupayaan galasKejuruteraan
bearing walldinding galasdinding galasdinding galasKejuruteraan
bearing testuji galasujian galasujian galasKejuruteraan
bearing surfacepermukaan galaspermukaan galaspermukaan galasKejuruteraan
bearing stratumlapisan galaslapisan galaslapisan galasKejuruteraan
1234567

Kembali ke atas