Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar; ~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak meng­untungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahir­nya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll); menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau me­nanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;penggalasan 1. perihal menggalas, perda­gangan; 2. tempat berdagang;penggalas penjaja, pedagang kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.las] | ݢالس

Definisi : 1 kayu yg diletakkan di bahu utk membawa barang-barang; kandar. 2 barang-barang yg dibawa dgn menggunakan kandar. menggalas 1 membawa barang-barang di atas bahu dgn menggunakan galas: ~ bungkusan. 2 memikul (menyandang) bungkusan di atas bahu: Pekerja itu ~ seguni beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas,
     lamun dihitung rugi juga.

Bermaksud :

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shaft bearinggalas aciMekanikGunaanGalas yang digunakan untuk menyokong aci. Terdapat dua jenis galas aci, iaitu galas jurnal dan galas tujah (juga dinamai galas sangga tuas). Dua pengelasan utama bagi galas tersebut ialah sentuhan gelangsar (apabila aci berputar di dalam sarung biasa) dan sentuhan guling (seperti dalam kes galas bebola dan galas gulingan). Lihat juga galas jurnal, galas tujah.
thrust bearinggalas tujahMekanikGunaanGalas yang menyokong aci pada arah paksi. Ada dua jenis galas tujah, iaitu galas hujung dan galas relang. Analisis tentang galas tujah menggunakan konsep geseran cakera. galas tujah juga dinamai galas sangga tuas.
bearing fictiongeseran galasMekanikGunaanGeseran pada permukaan sentuh di antara galas dengan bahagian anggota (biasanya aci berputar) yang disokongnya. Analisis geseran ini bergantung pada jenis galas, iaitu sama ada galas jurnal atau galas tujah. bagi galas jurnal, geseran berkenaan merupakan rintangan terhadap gerakan gelangsar permukaan jurnal pada permukaan galas, sementara bagi galas tujah pula ia merupakan rintangan terhadap gerakan nisbi di antara dua permukaan cakera (geseran cakera).
roller conveyerpengangkut gelekKejuruteraanTiadaPengangkut graviti yang mempunyai trek daripada pengguling-pengguling tiub selari, biasanya di atas galas-galas antigeseran, yang akan menggerakkan barang di atasnya oleh graviti atau pendorongan.
bearing crushtindihan galasKejuruteraan AutomotifTiadaUnjuran berlebihan pada galas untuk percantuman sempurna galas dengan jara rumah galas.
bearing crushtindihan galasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnjuran berlebihan pada galas untuk pencatuman sempurna galas dengan jara rumah galas.
bearinggalasMekanikGunaanSokong yang digunakan untuk mengekang atau memandu gerakan sesuatu bahagian mesin nisbi terhadap bahagian yang lain, dengan geseran dan hausan yang minimum. Biasanya, galas merupakan sokongan tetap untuk aci dan rod yang berputar. Aci dan rod berputar di sekitar paksi panjangnya dalam galas sambil kedudukannya di ruang ditetapkan oleh galas-galas berkenaan. Lihat juga galas aci.
plain journal bearinggalas jurnal biasaMekanikGunaanGalas aci yang terbentuk daripada sarung atau busy (yang dibuat daripada loyang, gangsa, dan sebagainya). Galas ini juga dinamai galas sarung.
rolling contact bearinggalas sentuhan gulingMekanikGunaanGalas aci yang terbentuk daripada bebola atau penggulingan keluli yang bergerak di antara kadung cekam (atau larian0 dengan anggota yang tetap. Galas ini juga dinamai galas antigeseran.
roller thrust bearinggalas tujah penggulingMekanikGunaanGalas yang serupa dengan galas tujah bebola kecuali ia menggunakan penggulingan tirus, bukan bebola.
12345678910...

Kembali ke atas