Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lian] | ݢالين

Definisi : bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.lian] | ݢالين

Definisi : sesuatu yg diperoleh dr bumi dgn digali: Negara kita kaya dgn hasil ~ spt bijih timah dan besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anataseanatasFizikNanoteknologiSatu daripada tiga bentuk galian titanium dioksida (TiO2). Galian ini mempunyai struktur hablur sistem tetragon, berwarna biru, atau dalam julat warna kuning muda ke coklat. Anatas digunakan sebagai pigmen dalam cat.
water distillationpenyulingan airKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyejatan air galian untuk membuang pepejal galian atau garam.
open cutgalian terbukaKejuruteraanKejuruteraan BangunanGalian yang dilakukan secara terbuka.
mineral fillerpengisi galianKejuruteraan AutomotifTiadaBahan galian yang digunakan dalam bancuhan berbitumen untuk mengisi rongga berlebihan dalam bancuhan tersebut.
prospectprospek; bakal pelangganKejuruteraanTiada1. Mencari galian atau minyak dengan mencari tanda-tanda permukaan, dengan menggorek lubang gerek, atau dengan kedua-dua cara.,2. Plot kawasan yang dipercayai mempunyai galian yang jumlahnya ekonomi untuk diusahakan.
saponitesaponitFizikNanoteknologiGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.
ceramicseramikFizikNanoteknologiBahan yang diperbuat daripada galian bukan logam yang telah dikuatkan dengan membakarnya pada suhu tinggi. Kebanyakan seramik bersifat penebat, tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap tindak balas kimia. Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat atau galian semula jadi. Bahan seramik juga dapat disintesis supaya mempunyai sifat tertentu seperti superkonduktor, piezoelektrik dan magnetorintangan.
plumb bobbebola ladungArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada besi dan berbentuk segi tiga dengan bahagian bawahnya yang runcing. Bebola ladung digunakan pada teodolit dan di petak galian. Teodolit digunakan untuk mengukur ketepatan petak galian. Bebola ladung digunakan untuk mendapatkan bacaan kedudukan artifak yang berada pada kedalaman yang dalam di petak galian pula. Bacaan diambil pada bahagian tengah artifak.
oral rehydration therapyterapi penghidratan oralPerubatanTiadaRawatan yang menggunakan cecair yang diberikan secara oral. Rawatan ini digunakan bagi menggantikan cecair dan garam galian yang telah hilang disebabkan oleh penyakit seperti cirit-birit dan perpeluhan melampau. Cecair yang digunakan mengandungi garam galian penting seperti natrium dan kalium, dan juga glukosa. Cecair untuk penghidratan oral boleh didapati daripada sediaan komersial atau boleh disediakan sendiri di rumah. Penggunaan terapi ini akan mengurangkan risiko komplikasi dehidrasi dan kemasukan ke hospital.
float mineralgalian terapungFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas