Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.lium] | ݢاليوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam bersimbol Ga yg diekstrak drpd bauksit atau bijih zink, biasanya digunakan utk membuat aloi yg digunakan dlm termometer suhu tinggi, dan utk membuat sebatian yg digunakan sbg semikonduktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata galium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GALIUM UMUM 
SEMIKONDUKTOR

Semikonduktor ialah bahan yang mengalirkan

elektrik lebih baik daripada penebat seperti kaca,

akan tetapi tidak sebaik konduktor elektrik seperti

tembaga. Bahan seumpama itu menghasilkan

komputer yang moden dan peranti elektronik lain

yang penting. Transistor yang digunakan dalam

radio saku yang kecil ialah peranti semikonduktor.

Begitu juga sel suria yang membekalkan kuasa

elektrik pada satelit tiruan. Silikon ialah bahan

semikonduktor yang paling meluas digunakan.

Bahan semikonduktor lain termasuk kuprus oksida,

germanium, galium arsenida, galium fosfida, indium

arsenida, plumbum sulfida, selenium, dan silikon

karbida.

UMUM 

Kembali ke atas