Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gam] | ݢم

Definisi : degam (bunyi meriam dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam] | ݢم

Definisi : Kd tiba-tiba, dgn serta-merta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam] | ݢم

Definisi : bahan perekat yg diperoleh drpd damar; bergam dilekatkan (dicantumkan, disapu dsb) dgn gam: kertas dinding itu sudah ~;mengegam menghalang sesuatu atau seseorang drpd bergerak, bergiat, dsb: sesetengah artis telah digam;mengegamkan melekatkan atau mem­perekatkan dgn gam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gam] | ݢم

Definisi : benda melekit yg umumnya diperoleh dr pokok dan digunakan utk merekatkan kertas dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Minta ingatkan kawan kamu untuk bawa kertas warna, gam dan gunting. Terima kasih.Betulkan ayat itu kepada “Ingatkan kawan kamu untuk membawa kertas warna, gam dan gunting.”Tatabahasa13.09.2018
Salam.. Apakah istilah yang betul dalam Bahasa Melayu bagi "glue gun"? Gam pistol elektrik yang biasanya digunakan untuk kerja-kerja kraft. Terima kasih.Padanan glue gun dalam bahasa Melayu ialah pistol gam.Istilah30.01.2019
Salam sejahtera. "Gunakan gam untuk lekatkan/melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, perkataan "letatkan" atau "melekatkan" lebih sesuai dari segi tatabahasa. Sila berikan tunjuk ajar dalam konteks ini. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera. Jawapan yang sesuai ialah "melekatkan"Tatabahasa20.10.2014
Tuan, Salam sejahtera. 1. "Gunakan gam untuk melekatkan kertas ini pada dinding." Dalam ayat ini, mengapakah imbuhan "me" digunakan dalam perkataan "melekatkan" tetapi perkataan "gunakan" tidak memerlukan imbuhan "meng"? Apakah perbezaannya? Terima kasih. 2. Apakah maksud yang didukung oleh perkataan "terguris'? Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Malaysia kerana sering kali rangkai kata "hati terguris" digunakan dalam penulisan sedangkan perkataan tersebut tidak tercari maknanya dalam kamus? Sila berikan tunjuk ajar. Terima kasih.1. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan (seperti gunakan dalam ayat contoh yang diberi) menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Untuk maklumat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185.
2. Ejaan yang betul bagi perkataan terguris ialah "ergores". Oleh itu ungkapan yang betul ialah tergores hati.
Tatabahasa21.10.2014
Apakah istilah yang paling tepat untuk role-playing game (RPG) dalam bahasa Melayu? RPG merupakan istilah yang digunakan dalam permainan dalam talian.

Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi role-playing game ialah permainan main peranan.

Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Apakah istilah yang paling tepat untuk role-playing game (RPG) dalam bahasa Melayu? MMO merupakan istilah yang digunakan dalam permainan dalam talian.

Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi role-playing game ialah permainan main peranan.

Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa ini "from gellan gum incorporated clay"Terjemahan yang sesuai untuk "from gellan gum incorporated clay" ialah daripada gam gelan yang disebatikan dengan tanah liat.Makna05.05.2019
Saya cuba mencari ejaan jawi untuk perkataan gambar dlm daftar jawi beta..tetapi jwpn yg ditulis adalah مبر...saya rasa kesilapan telah berlaku. Mohon pihak tuan menyemak semula ejaan ini. Terima kasihBerdasarkan semakan kami, ejaan bagi perkataan gambar adalah betul. Dilampirkan salinan tersebut untuk makluman tuan.
Kata Sebutan Jawi
gambar [gam.bar] ݢمبر
Ejaan11.10.2015
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010
Apakah suku kata bagi perkataan "mengambil". Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan "Mengambil"  ialah [me.ngam.bil], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bunyi bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan bunyi). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (men.gam.bil. )Ejaan24.05.2018
12

Kembali ke atas