Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.mer] | ݢامر

Definisi : teragak-agak (hendak membuat sesuatu kerana malu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gamer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "gamer"? Conth ayat: Your gamer profile does not have the required details to purchase this game. Terima kasih.Perkataan gamer tiada dalam rujukan kami. Berdasakan ayat yang diberikan, "gamer" merujuk kepada "player". Perkataan "player" diterjemahkan kepada "pemain".Tatabahasa29.03.2013
Assalammualaikum wbt. Apakah terjemahan bagi gamer dan non gamer? bagaimana pula dengan atlet yang menyertai online gaming?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud gamer ialah  "teragak-agak" (hendak membuat sesuatu kerana malu dan lain-lain) manakala online gaming pula, boleh diterjemahkan kepada "permainan dalam talian". Mohon berikan contoh ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang betul mengikut konteks ayat. Makna01.03.2022
Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg ‘stalk’ anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu.Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

influencer: pempengaruh
gamer: pemain
stalker: pengintai maya
spam/spammer: spam/penghantar spam

Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram.
Istilah16.02.2020

Kembali ke atas