Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : sl bau (yg harum), bau-bauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata 'GANDA' Sekali ganda, dua kali ganda, tiga kali ganda ... Contoh: Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia pada tahun 2010 ialah 10 juta orang. Pada tahun 2020 jumlah mereka meningkat kepada 20 juta orang, iaitu n KALI GANDA berbanding dengan tahun 2010. Soalan saya, n ini sepatutnya SEKALI GANDA atau DUA KALI GANDA? Terima kasih.DUA KALI GANDAMakna21.09.2018
definisi kata nama ganda, kata adjektif ganda, kata kerja ganda.perbezaan ketiga-tiga jenis kata gandaProses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.Makna12.02.2008
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna27.02.2008
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
definisi dan perbezaan kata nama ganda,kata adjektif ganda,kata kerja ganda

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Kata nama ganda seperti burung-burung, guru-guru.

Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda.Kata sifat ganda seperti cantik-cantik,besar-besar.

Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan. Kata kerja ganda seperti duduk-duduk,hidup-hidup.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.   

Tatabahasa13.02.2008
Apa perbezaan antara sekali ganda dan dua kali ganda ? Kalau ikut kan , sekali ganda sepatutnya nilai yg sama (4x1=4 , 5x1=5 , 6x1=6) . While, dua kali ganda (4x2=8, 5x2=10, 6x2=12). Kenapa org start guna sekali ganda for dua kali ganda ? Maafkan saya, saya perlukan penerangan utk sejukkan hati yang selalu annoyed apabila baca headline "sekali ganda". Terima kasih :)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (misa lannya empat menjadi lapan)Makna21.04.2020
dalam kata ganda, terdapat jenis kata ganda berentak. Mohon terangkan tentang perkataan yang seperti kata ganda berentak tetapi bukan kata ganda? dan jelaskan sebabnya? contohnya, asal usul bukan kata ganda berentak kerana merupakan rangkai kata. harap dapat menerangkan tentang beberapa contoh lain. sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. "Asal usul" ialah kata ganda kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna tersendiri.
Kata ganda yang boleh berdiri sendiri tidak perlu tanda sempang, iaitu perkataan "asal usul" (kerana perkataan "usul" boleah berdiri sendiri).Lain pula halnya dengan perkataan "gunung-ganang" yang perlu ada tanda sempang selepas perkataan "gunung" kerana perkataan "ganang" tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang mempunyai maksud.
Tatabahasa16.03.2013
tuan/puan, terdapat kekeliruan bagi penggunaan "sekali ganda" dan "dua kali ganda". Saya telah meneliti bahagian khidmat nasihat, jawapan yang diberikan juga mengelirukan. Saya sertakan contoh jawapan khidmat nasihat yang mengelirukan seperti maksud sekali ganda dan maksud double. Soalan saya, jika kenaikan harga RM25 ke RM250, adakah kenaikan 10 kali ganda? atau 9 kali ganda (menitik beratkan penggunaan "sekali ganda")Dalam Kamus Dewan, sekali ganda bermaksud satu kali lebih banyak daripada yang asal (misalnya empat menjadi lapan); dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, double bermaksud sekali ganda; dua kali; dan dua sukatan. Berdasarkan maklumat yang berkenaan sekali ganda dan dua kali ganda membawa maksud yang sama, namun maksud dua kali ganda lebih mudah difahami. Hal ini amat jelas berdasarkan makna dan contoh yang diberikan "dua sukatan" dan "empat menjadi lapan". Oleh itu, daripada RM25 kepada RM250 menunjukkan kenaikan 10 kali ganda.Makna02.06.2022
1)Mohon pautan untuk merujuk jenis kata ganda ( untuk memahami perbezaan jenis dan tatacara pembentukan kata ganda).. Ramai yang sukar memahami pembentukan kata ganda separa berbanding kata ganda penuh @ berimbuhan.Buat masa ini pihak kami tidak menyediakan pautan berkenaan kata ganda. Sekiranya tuan ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata ganda, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.06.2021
Salam, cuba damaikan maksud "ganda"; menurut kamus-kamus dalam internet: "Sekali ganda" bermaksud: 1 menjadi 2, 2 menjadi 4, 4 menjadi 8 "Double" pula diterjemahkan "dua kali ganda": 1 menjadi 2, 2 menjadi empat, 4 menjadi 8 Maka, "sekali ganda" = "dua kali ganda"? Agak mengelirukan.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'double' bermaksud berganda atau sekali ganda manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sekali ganda ialah satu kali lebih banyak daripada yang asal (contoh: empat menjadi lapan) Makna02.12.2021
12345678910...

Kembali ke atas