Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : sl bau (yg harum), bau-bauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganda


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaFizikTiadaTiada
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaKomunikasi MassaTiadaTiada
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaKejuruteraanTiadaTiada
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaKejuruteraanTiadaPembentukan dua sinar cahaya yang terbias daripada satu sinar tuju, yang merupakan sifat sesetengah hablur.
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaGeografiTiadaTiada
double refractionpembiasan ganda dua; biasan ganda duaKimiaTiadaPembentukan dua sinar cahaya yang terbias daripada satu sinar tuju, yang merupakan sifat sesetengah hablur.
inflationary universealam semesta menggelembungMatematikTiadaFasa yang berkemungkinan berlaku semasa alam semesta ini amat muda apabila saiznya bertambah berjuta kali ganda, malah mungkin1050 kali ganda dalam tempoh yang amat pendek.
mean square velocityhalaju purata ganda duaKejuruteraanKejuruteraan KimiaNilai halaju yang positif bagi aliran gelora yang sentiasa turun naik dan kelihatan rawak yang dikaitkan dengan menggunakan konsep kuantiti ganda dua sebagai (rujuk m/s 90) dengan = halaju purata ganda dua, t = masa, u� = halaju sisihan.
delocalizationpentaksetempatanKimiaTiadaPenyebaran elektron valens sesuatu molekul pada lebih daripada satu atom di dalam molekul tersebut. Pentaksetempatan berlaku terutamanya apabila sebatian mengandungi ikatan ganda dua atau ganda tiga yang berselang-seli. Misalnya, pentaksetempatan yang terdapat di dalam benzena.
double trisomytrisomi gandaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeabnormalan pada kromosom. Lazimnya, kromosom tertentu wujud dalam keadaan yang sama. Trisomi ialah keabnormalan yang menunjukkan tiga salinan kromosom dan bukan hanya sepasang. Trisomi ganda ialah keabnormalan apabila individu tersebut mempunyai dua kromosom tertentu yang mengalami trisomi. Trisomi ganda jarang-jarang berlaku pada haiwan.
12345678910...

Kembali ke atas