Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : Jk; menggandar mengenderai (kereta, basikal, dll); gandaran kenderaan, kenaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.dar] | ݢندر

Definisi : 1 kayu dll yg digunakan utk memikul barang; galas; kandar. 2 bahagian lengan atau tangan dacing. 3 tempat memegang sesuatu alat spt cangkul, timba, yg biasanya dibuat drpd kayu. 4 = ~ roda batang besi dll yg menghubungkan sepasang roda dan dipasang di tengah-tengah roda tsb. menggandar memikul dgn menggunakan gandar. gandaran apa-apa yg digandar: Maka Laksamana pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah saudagar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gandar


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
dead axlegandar tetap, gandar matigandar matigandar matiKejuruteraan Automotif
axle-grinding machinemesin gerenda gandarmesin pengisaran-gandar, mesin pencanaian-gandarmesin pencanaian gandarKejuruteraan
axle-grinding machinemesin gerenda gandarmesin pengisaran-gandar, mesin pencanaian-gandarmesin pencanaian gandarKejuruteraan
axlegandar/akselgandargandarKejuruteraan
axlegandar/akselgandargandarKejuruteraan
swing axlegandar ayungandar berayungandar berayunKejuruteraan Automotif
straight axlegandar lurusgandar lurusgandar lurusKejuruteraan Automotif
rear axlegandar belakanggandar belakanggandar belakangKejuruteraan Automotif
live axlegandar putargandar hidupgandar hidupKejuruteraan Automotif
banjo axlegandar Banjogandar Banjogandar BanjoKejuruteraan
1234

Kembali ke atas