Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOTERAPI

Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan

mental atau gangguan emosi dengan maksud

psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah

berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi

dengan seorang ataupun lebih pesakit.

UMUM 
ASPIRIN

Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik ,

ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan

di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat

pening dan artritis dan mengurangkan demam

akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang

disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di

samping itu, aspirin mengganggu pembekuan

darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah

serangan jantung, sesetengah strok dan

gangguan-gangguan lain yang melibatkan

pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam

banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa

preskripsi.

UMUM 
SINDROM TOURETTE

Sindrom Tourette ialah gangguan yang diwarisi

dan ditandai oleh penyebutan dan pergerakan

tubuh yang tidak terkawal. Sindrom ini lebih banyak

menyerang orang lelaki daripada orang perempuan.

Gangguan ini dinamakan sempena nama Georges

Gilles de la Tourette, iaitu doktor Perancis yang

memerikan gejala ini pada tahun 1885.

UMUM 
NEUROFIBROMATOSIS

Neurofibromatosis , singkatannya NF, ialah

gangguan yang diwarisi yang tidak boleh diubati

dan menjejaskan sistem saraf dan kulit. Penyakit

ini kadangkala dikenali sebagai penyakit elephant

man kerana Joseph Merrick, lelaki Inggeris yang

disalah anggap menghidap kes penyakit

neurofibromatosis yang teruk. Neurofibromatosis

mungkin berbeza-beza berdasarkan

keterukannya, iaitu dari gangguan yang sedikit

sehingga menjadi bentuk yang teruk. Terdapat

dua bentuk neurofibromatosis, iaitu NF-1 dan

NF-2.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
PROLAPS INJAP MITRAL

Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai

MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim

berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan

ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua

penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku

apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini

membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP

lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang

lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di

dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai

infective endocarditis yang melibatkan injap mitral

dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada

wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini

berlaku disebabkan faktor keturunan.

UMUM 
AUTISME

Autisme ialah gangguan perkembangan yang

teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur

empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan

muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling

jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung

dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali

sebagai autisme kebayian awal atau autisme

kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam

setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki

lebih mudah terkena penyakit ini berbanding

dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada

penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik

kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang

yang mengalami masalah emosi yang teruk yang

menyamai autisme.

UMUM 
EKZEMA

Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan

oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang

radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau

mungkin mengeluarkan cecair.

UMUM 
AKNE

Akne ialah gangguan kulit yang paling biasa

berlaku dalam kalangan remaja belasan tahun. Ia

terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan,

terutamanya pada muka, bahagian atas dada, dan

belakang

UMUM 
STATIK

Statik ialah istilah bagi gangguan pada penerima

radio atau televisyen, yang biasanya disebabkan

oleh elektrik atmosfera. Statik boleh berlaku dalam

bentuk bunyi geresek dan berkeriut yang didengar

di radio dan titik-titik putih yang dilihat pada

gambar televisyen.

UMUM 
123456

Kembali ke atas