Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan seksual


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan baku bagi sexual harassment dalam bahasa Melayu? Pelecehan/gangguan/kekerasan/pencabulan seksual/batin?Padanan untuk "sexual harassment" ialah gangguan seksual.Istilah31.10.2018
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembutPenggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Kemalangan itu berlakuĀ pada waktu malam.
2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual.
4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut
Tatabahasa30.04.2012

Kembali ke atas