Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi yg terdiri drpd tembaga dan timah; kangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : angsa (sj itik besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi atau pancalogam yg terdiri drpd tembaga, timah dan plumbum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangsa


Pantun

PantunSumberTema
Biarlah orang menebuk gangsa, Kita menebuk sirih loyang; Biarlah orang mabuk kuasa, Kita mabuk kan kasih sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tepak peminang dari gangsa, Bawa mudik ke hulu-hulu; Kami tidak memandang bangsa, Bangsa abang biarlah dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas