Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi yg terdiri drpd tembaga dan timah; kangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : angsa (sj itik besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi atau pancalogam yg terdiri drpd tembaga, timah dan plumbum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangsa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gangsagangsaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gangsa terdiri daripada gong yang diperbuat daripada gangsa. Saiznya sederhana dan berdinding nipis. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tangan dan dipukul dengan pemukul kayu. Beberapa biji gong gangsa dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah oleh kaum Kalinga di daerah utara Filipina untuk mengiringi tarian.

bronze alloycampuran gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCampuran pelbagai logam untuk menghasilkan artifak gangsa. Campuran ini melibatkan tembaga, plumbum dan timah. Analisis yang dilakukan terhadap gendang gangsa di Malaysia dan Indochina menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah tembaga diikuti plumbum dan yang paling rendah ialah timah. Campuran gangsa ini membolehkan jangka hayat artifak tahan lebih lama di samping mengekalkan kekerasannya. Selain gendang gangsa, artifak lain adalah seperti alat perhiasan diri, mangkuk gangsa dan loceng gangsa.
lead bronzegangsa plumbumKejuruteraanTiadaGangsa yang ditambah plumbum untuk memperbaiki kebolehmesinan gangsa dan memperbaiki ketahanan haus bagi galas gangsa.
bronze bellloceng gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada gangsa yang tergolong dalam Zaman Gangsa. Perkembangannya dianggarkan berlangsung sekitar 500 SM sehingga 500 M. Di Asia Tenggara, loceng gangsa yang terkenal berbentuk silinder yang mempunyai tangkai di bahagian puncaknya, manakala bahagian badannya pula mempunyai hiasan geometri. Loceng ini melambangkan status individu. Loceng ini digantung pada bahagian leher gajah milik golongan bangsawan, dan juga digunakan untuk tujuan perdagangan. Di Malaysia, loceng ini ditemui di Kampung Pencu, Muar (Johor).
bronze agezaman gangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiZaman yang merujuk kepada penggunaan bahan gangsa sebagai campuran utama untuk menghasilkan artifak. Zaman ini merupakan salah satu daripada Zaman Logam yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara yang dianggarkan bermula sekitar 1000 SM dan berakhir sekitar 1000 M. Pada masa tersebut, pelayaran semakin berkembang sehingga taburan gangsa dapat dikesan di seluruh Asia Tenggara. Teknologi acuan juga telah mula dikenali pada zaman ini. Antara artifak yang terkenal ialah gendang Dong Son dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk (Terengganu) dan Muar (Johor).
bronzesarca gangsaKesenianTiadaArca figur yang dibuat daripada gangsa.
Bronze AgeZaman GangsaKesenianTiadaZaman tamadun Eropah pada tahun 3500 Sebelum Masihi bila manusia menggunakan gangsa.
bronzegangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAloi tembaga dan timah yang mempunyai campuran kira-kira 90 peratus tembaga dan 10 peratus timah. Kebanyakan gangsa mempunyai dua elemen ini, namun terdapat juga elemen lain seperti plumbum, arsenik atau antimoni dijumpai di dalamnya. Penambahan bahan timah ke dalam tembaga akan memudahkan kerja membuat acuan untuk menjadikan hujung alat dan senjata lebih keras. Contohnya, gendang, alat perhiasan, senjata dan cangkul.
bronze diabetesdiabetes gangsaPerubatanTiadaPenyakit kronik dengan hemosiderin dienapkan di dalam hati, pankreas, kulit dan organ-organ lain, dengan cirinya ialah pempigmenan gangsa pada kulit.
patinapatinaKesenianTiada1. Tahi tembaga atau gangsa yang terjadi pada hasil seni tembaga atau gangsa akibat pengoksidaan atau sudah lama.,2. Ton atau jalinan lunak dan lembut pada karya seni yang sudah lama
12345678910...

Kembali ke atas