Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ra.ga.ra] | ٢ ݢارا

Definisi : 1. bencana, huru-hara, kegemparan, kehebohan: drpd ~ serangan udara maka orang ramai di bandar Brunei mesti membuat lubang perlindungan; 2. akibat drpd: ~ judi ini ia jadi melarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ra.ga.ra] | ٢ ݢارا

Definisi : 1 akibat drpd sesuatu perbuatan, tindakan dsb: ~ meminjam wang, dia dibelasah kerana tidak mampu membayarnya. 2 suasana yg menggemparkan; huru-hara: Perkara ini akan menimbulkan ~ dlm rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gara-gara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
Assalamualaikum. Boleh saya bertanya apakah terjemahan bagi Speaker Dewan Rakyat dalam Bahasa Melayu? Saya perhatikan media arus perdana kita sering menggunakan istilah ini hatta di dalam dewan yang mulia di kalangan ahli-ahli parlimen. Terima kasih

Perkataan "Speaker Dewan Rakyat” sudah diterima pakai sebagai kata bahasa Melayu yang bermaksud  pegawai yang menjadi pengerusi dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Rakyat, Dewan Ne­gara). (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah08.08.2020
saya tidak faham akan penggunaan kata 'hadir' apabila perkataan tersebut diikuti dengan imbuhan..contohnya,adakah ayat ini betul? 'amir telah menghadirkan diri ke majlis itu' atau, 'amir telah menghadiri majlis itu'' 'amir telah menghadiri ke majlis itu'' bolehkah anda tolong jelaskan? terima kasih...Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menghadirkan membawa maksud 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri. Menghadiri bermaksud  hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persi­dang­an Parlimen. Berdasarkan huraian tersebut, ayat Amir telah menghadirkan diri  ke majlis itu dan Amir telah menghadiri majlis itu adalah betul.  Tatabahasa28.07.2010

Kembali ke atas