Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ram] | ݢارم

Definisi : 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ram] | ݢارم

Definisi : 1 benda yg berwarna putih serta masin rasanya (diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah). 2 sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid terhadap logam. ~ galian (mineral) garam yg diperoleh dr dlm tanah. bergaram ada garamnya atau (telah) dibubuhi garam: Masakan itu tawar kerana tidak ~. menggarami membubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR MINERAL

 Air mineral yang juga dikenali air terudara atau

air galian ialah mata air yang mengandungi jirim

mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral

termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia,

besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim

lain, termasuk juga bahan radioaktif.

UMUM 
GARAM KIMIA UMUM 
GARAM HIDU UMUM 
GARAM GLAUBER UMUM 
GARAM UMUM 
TAWAS

Tawas ialah nama kumpulan tertentu garam

ganda dua. Garam ganda dua terdiri daripada dua

garam ringkas yang membentuk hablur bersama-sama

dalam perkadaran yang sama.

UMUM 
SESIUM

Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna

keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium

karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak

dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air

mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan

Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun

1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg

mengasingkan logam tulen.

UMUM 
SYRACUSE

Syracuse (pend. 163 860; pend. kaw. met. 659 864)

ialah pusat industri untuk negeri New York, Amerika

Syarikat. Ia dikenali sebagai Bandar Garam kerana

mengeluarkan banyak garam. Syracuse terletak di

sepanjang Tasik Onondaga di tengah New York.

UMUM 
DAHAGA

Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan

badan memerlukan air. Persekitaran dalaman

badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air

dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu

banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh

memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab

itu, manusia dan haiwan perlu mengawal

pengambilan air.

UMUM 
SIANIDA

Sianida ialah nama garam logam yang

mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang

terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida

(NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan

kimia industri yang penting. Kedua-duanya

digunakan dalam proses memisahkan emas dan

perak daripada bijih, dan dalam proses

pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas

dengan logam sianida untuk membuat gas beracun

hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah

nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida,

adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik,

dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan

sianida dalam elektropenyaduran dan dalam

pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat

juga Asid prusik; Kebuk gas.

UMUM 
123456

Kembali ke atas