Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ram] | ݢارم

Definisi : 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ram] | ݢارم

Definisi : 1 benda yg berwarna putih serta masin rasanya (diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah). 2 sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid terhadap logam. ~ galian (mineral) garam yg diperoleh dr dlm tanah. bergaram ada garamnya atau (telah) dibubuhi garam: Masakan itu tawar kerana tidak ~. menggarami membubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brineair garamKimiaTiada1. Larutan pekat natrium klorida di dalam air. 2. Sebarang larutan natrium klorida dan air yang lazimnya mengandungi garam-garam lain. Air garam terdapat semula jadi sebagai air laut, dan merupakan sumber bagi kebanyakan sebatian tak organik, seperti bromin, klorin, dan kalium klorida. Air garam juga digunakan untuk mengawet bahan makanan.
sea saltgaram; garam lautKimiaTiadaTiada
calcinosiskalsinosisPerubatanTiadaKeadaan pengenapan garam-garam kalsium dalam tisu dan otot organ-organ.
calcinosiskalsinosisPerubatanTiadaKeadaan pengenapan garam-garam kalsium dalam tisu dan otot organ-organ.
calcification of the bonepengkalsiuman tulangPerubatanTiadaPengenapan garam-garam kalsium di dalam rawan sebagai langkah pertama dalam pembentukan tulang sebenar.
stearatestearatKejuruteraanPetroleumGaram daripada sejenis asid lemak dengan 18 karbon yang tepu, yang dikenali sebagai asid stearik. Garam-garam stearat seperti aluminium stearat, kalsium stearat dan zink stearat biasa digunakan di dalam lumpur penggerudian. Penggunaannya adalah untuk tujuan-tujuan tertentu seperti penyahbusaan, pelinciran dan sebagainya.
hard waterair liatKimiaTiadaAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen.
hard waterair liatKimiaBiokimiaAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti garam kalsium, garam magnesium atau sebagainya. Air ini tidak berbuih dengan sabun. Keliatan sementara air ini kerana mengandungi garam kalsium bikarbonat, dapat dihilangkan dengan cara pendidihan, sedangkan keliatan kekalnya kerana mengandungi garam kalsium, atau garam magnesium dapat dihilangkan dengan cara pertukaran ion atau dengan menggunakan detergen.
rarefactionperenggangan/ rarefaksiKejuruteraanTiada2. Penurunan ketumpatan tulang yang abnormal disebabkan penyerapan garam-garam kalsium daripadanya.
brineair garamSosiologiTiada1. Larutan pekat natrium klorida di dalam air.,2. Sebarang larutan natrium klorida dan air yang lazimnya mengandung garam-garam lain.
12345678910...

Kembali ke atas