Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas] | ݢس

Definisi : 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul­molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas] | ݢس

Definisi : 1 zat spt udara yg tidak menjadi cair atau beku pd suhu biasa. 2 = ~ arang batu zat atau campuran zat yg bersifat spt udara yg mudah terbakar, biasanya diperoleh drpd arang batu dan digunakan sbg bahan api. ~ asli (jati) gas yg wujud bersama enapan petroleum (di bawah permukaan bumi). ~ ekzos gas yg keluar dr enjin pembakaran dalam (melalui ekzos). ~ lengai gas yg tidak aktif (dr segi kimia spt argon dan neon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gas


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gas Asli Termampat bagi Enjin DieselWan Normi HasanDewan Kosmik1 July 2003
Gas asliTiadaDewan Siswa1 March 1993
Gas daripada hampagasTiadaDewan Siswa1 November 1985
Alat pengesan gasTiadaDewan Siswa1 January 1985
Pameran minyak dan gas: merebut peluang perniagaan bernilai RM17.2bilionTiadaDewan Ekonomi1 August 1997
Industri minyak dan gas di luar pesisir MalaysiaSukri DerisDewan Kosmik1 April 1995
Tiada penetapan semak harga gasJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 January 2008
Hassan Marican Letak jawatan Petronas GasTiadaDewan Masyarakat1 September 2008
Ernest Rutherford berjaya melakukan pemadatan gas nitrogenTiadaDewan Kosmik1 February 2003
Penjual kayu api, kedai dobi, dan penjual gasNajdan YahyaDewan Siswa1 June 1998

Kembali ke atas