Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas] | ݢس

Definisi : 1. bahan spt udara, bukan cecair dan bukan pepejal; 2. gas yg dikeluarkan drpd batu arang dan mudah terbakar; kilang ~ kilang yg mengeluarkan gas drpd arang; 3. wap minyak benzin (petrol); lampu ~ lampu yg memakai gas utk nyalanya; ~ adi = ~ lengai = ~ nadir (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; ~ air mata = ~ pemedih mata gas yg menyebabkan mata pedih dan berair, biasanya digunakan utk mengawal rusuhan; ~ asli gas yg diperoleh dr kerak bumi; ~ ketawa sj gas (nitrus oksida) yg digunakan sbg ubat pelali; ~ petroleum cecair (Kim) gas butana atau propana yg dicecairkan secara tekanan dan disimpan di dlm tabung gas; ~ sahih = ~ tak sempurna (Kim) gas yg mempunyai saiz tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya, iaitu gas yg tidak menunjukkan sifat gas unggul; ~ sempurna = ~ unggul (Kim) gas hipotesis yg molekul­molekulnya dianggap terlalu kecil, bergerak secara rawak, dan tidak mempengaruhi satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas] | ݢس

Definisi : 1 zat spt udara yg tidak menjadi cair atau beku pd suhu biasa. 2 = ~ arang batu zat atau campuran zat yg bersifat spt udara yg mudah terbakar, biasanya diperoleh drpd arang batu dan digunakan sbg bahan api. ~ asli (jati) gas yg wujud bersama enapan petroleum (di bawah permukaan bumi). ~ ekzos gas yg keluar dr enjin pembakaran dalam (melalui ekzos). ~ lengai gas yg tidak aktif (dr segi kimia spt argon dan neon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan apakah istilah BM yang sepadan dengan 'cooking gas' ? Manakah yang betul, 'gas memasak' atau 'gas masakan'? Sekian, terima kasih CKYang betul ialah gas memasak atau gas masak.Istilah23.11.2011
Mana yang betul? 1. Mengesan gas berbahaya. 2. Mengesan gas merbahaya.Mengesan gas berbahaya.
 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, tiada imbuhan mer-.
Tatabahasa05.09.2012
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih.1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan.
2. Gas masak sama seperti minyak masak.
Tatabahasa11.09.2012
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat.Istilah18.05.2016
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu yang setara dengan "light-gas gun"?Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "light-gas gun" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "light gas", iaitu gas ringan. Padanan bahasa Melayu untuk "gun" ialah penembak, pistol dan penujah. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penembak gas ringan.Istilah16.02.2013
Salam sejahtera, Penggunaan yang betul ialah "negara penyimpan gas" atau "negara penyimpanan gas"? Sekian, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah "negara penyimpan gas".Ejaan08.01.2011
Salam sejahtera, saya ingin bertanyakan istilah yang sesuai dengan bidang kripto / metaverse. Gas fee - Caj gas? (How much is the current gas fee?) minted / minting / mint - beli ? Core buy - pembelian teras? peer-to-peer basis - marketplace - pusat pasaran? Claim - selain tebus, apa lagi makna claim? Sekian terima kasih.

Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Istilah05.12.2022
landfill gas power renewablegas kabus tanah tenaga boleh dibaharuiIstilah29.11.2011
pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gasSelamat pagi:

 Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia.
 
Lain-lain23.09.2016
Saya agak keliru dengan istilah "nadir bumi" daripada perkataan Bahasa Inggeris "rare earth". Mengapa nadir bumi sedangkan kalau "rare gas" istilahnya dalam Bahasa Melayu adalah "gas nadir" dan bukannya "nadir gas"? ...

Istilah yang betul untuk 'rare earth' ialah nadir bumi. Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dibentuk berdasarkan konsep dalam bidang tersebut. Oleh itu, penterjemahan istilah tersebut tidak semestinya patuh kepada persamaan bentuk.  

Istilah06.09.2011
12345

Kembali ke atas