Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) kumpulan gas (helium, neon, argon, kripton, xenon, dan radon) yg tidak reaktif dan sangat stabil dr segi kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gas adi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gas cylindersilinder gasKimiaTiadaBekas yang mengandungi gas pada tekanan tinggi, misalnya gas nitrogen, oksigen, dan gas-gas adi.
noble gasesgas adiKejuruteraanTiadaUnsur-unsur argon, helium, neon, kripton, xenon dan radon.
radonradonGeologiTiadaUnsur bukan logam yang radioaktif dalam kumpulan gas adi, nombor atom 86, berat atom 222.02, dan memancarkan sinaran alfa.
effective atomic numbernombor atom berkesanKimiaTiadaBilangan elektron valens logam berbanding dengan bilangan elektron gas adi.
inert gasgas lengaiKimiaTiadaLihat gas adi.
rare gasgas nadirKimiaTiadaLihat gas adi.
groupkumpulanKimiaTiada1. Set unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala. Misalnya, kumpulan gas adi dan kumpulan halogen. 2. Dua tau lebih atom yang diikat dengan ikatan kovalen, yang merupakan unit untuk membentuk sebahagian daripada sebatian dan mempunyai sifat cirian. Misalnya, kumpulan nitro, NO2-.
xenonxenonKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan gas adi, iaitu kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, simbol Xe, nombor atom 54, berat atom 131.30, nombor pengoksidaan +2, +4, +6 dan +8, takat beku ‒140°C, takat didih ‒112°C, berbentuk gas monoatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar, tidak beracun dan terdapat sembilan isotop yang stabil. xenon diperoleh daripada penyulingan berperingkat udara cecair. Unsur ini digunakan dalam tiub berpendarcahaya dan laser.
noble gasgas adiKimiaTiadaGas dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, yang terdiri daripada helium, neon, argon, kripton, xenon dan radon. Gas ini umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom (monoatom). Bagaimanapun, kripton, radon dan xenon dapat membentuk sebatian, terutama dengan fluorin. Sin. gas lengai, gas nadir.
radonradonKimiaTiadaUnsur radioaktif dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu kumpulan gas adi, simbol Rn, nombor atom 86, berat atom 222.02, takat lebur ‒71°C, takat didih ‒61.8°C, berbentuk gas monoatom yang tidak berwarna, memancarkan sinar alfa, larut di dalam air, dan terdapat 18 isotop radioaktif dengan yang paling stabil, Rn-222, mempunyai setengah hayat 3.8 hari. Unsur ini diperoleh daripada hasil reputan radium-226. Radon digunakan dalam perubatan, radiografi, dan sebagai penyurih kebocoran dan pengukur kadar alir.
12

Kembali ke atas