Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.sing] | ݢاسيڠ

Definisi : alat permainan drpd kayu dan berpaksi yg dapat dipusingkan dgn tali; bergasing bermain gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.sing] | ݢاسيڠ

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), Cyclea laxiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.sing] | ݢاسيڠ

Definisi : alat permainan yg bermacam-macam bentuknya serta berpaksi dan dpt dipusingkan dgn tali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gasing

Puisi
 

Pecah sudu pecah pingganku,
     Main gasing beramah-tamah;
Bukan jodoh bukan lawanku,
     Macam anjing di bawah rumah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara membuat gasing ini ? Apakah cara membuat gasing ini ? Mana satu kata tanya yang digunakan dengan betul ?Kata tanya yang betul ialah "Bagaimanakah cara membuat gasing ini?"Lain-lain19.04.2022
Salam sejahtera. Bolehkan saya bertanya apakah jenis frasa predikat dalam ayat ini: "Datuk mahir membuat gasing." Adakah ia Frasa Adjektif kerana intinya perkataan 'mahir'? Jika ya, bolehkah saya tahu apakah fungsi frasa 'membuat gasing'? Sebagai pelengkap atau keterangan?"Mahir membuat gasing" ialah frasa adjektif dan "membuat gasing" sebagai keterangan kepada kata adjektif mahir.Tatabahasa22.07.2015
Ayat mana betul: 1. Dia berjoging di taman setiap petang. 2. Dia berjoging di taman pada setiap petang. 3. Dia bermain gasing pada setiap hari Isnin. 4. Dia bermain gasing setiap hari Isnin. 5. Abang bermain gasing di lantai.Ayat 1 hingga 4 adalah betul.Tatabahasa20.07.2016
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali.1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.
2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali.
Tatabahasa16.08.2015
saya hendak mencari ' Orang pertama yang mencipta gasing' .

Mohon sdr merujuk bahan ini:

Gasing MelayuYunus PipetDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1993

 

Sekiranya sdr. menjadi Rakan Dewan, sdr boleh membuat  penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

 

Lain-lain04.04.2008
DBP telah memadankan 'fidget spinner' dengan 'gasing tangan'. Agak sukar untuk kembangkan pola ini untuk menterjemahkan 'fidget toy'. Apakah padanan sesuai untuk 'fidget toy'? 'mainan buang gelisah'?Kami mencadangkan "fidget toy" diterjemahkan sebagai "mainan nyahresah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tak ada khabar darimu. Rindu akan saat-saat kami bermain sama main guli main gasing main congkak main teng-teng main layang-layang main batu seremban Penulisan prosa di atas ini terdapat apa-apa kesalahan? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan.Cadangan penggunaan bahasa yang betul ialah:

"Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tiada khabar daripadamu. Rindu akan memori kita bersama bermain guli, gasing, congkak, teng-teng, layang-layang dan batu seremban."
Tatabahasa17.05.2022
Salam, sy nak tanya..perkataan 'mainan' dan 'permainan' sudah tidak perlu ditambah dengan perkataan 'alat' atau 'barang' di depannya ya?jika dilihat dlm kamus dewan, tidak perlu. Tetapi, jika dicari dalam PRPM, istilah 'alat permainan' terdapat di bahagian takrif bagi perkataan 'gasing'.Jadi, yang manakah adalah betul dan boleh diguna pakai? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan mainan dan permainan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain. Berdasarkan huraian tersebut kata mainan dan permainan telah membawa maksud alat tersebut, maka tidak perlu lagi kata alat hadir sebelum permainan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa alat permainan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa21.01.2013
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013

Kembali ke atas