Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal.ga.tal] | ٢ ݢاتل

Definisi : terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal-gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Yanglah gagal biarlah gagal, Supaya percaya buruk lakunya; Orang tua gatal biarlah gatal, Supaya dicerca anak cucunya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana keldai tidakkan gatal, Diberak semut pagi dan petang; Bagaimana gigi tidakkan tanggal, Awak pencarut bini peradang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya menampung cerek, Air diminum tidakkan gatal; Ada untungnya berhidung pesek, Sekali mencium santak ke pangkal. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari kapal meniti batang, Salah bawa jatuh bedebuk; Laki gatal bini pun miang, Mentua gila anak pun mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah bengkal, Pucuknya jingga batangnya rendang; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan hidungnya kembang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil mutlak memegang janji; Degil bukan sebarang degil, Degil gatal hendak berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas