Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal.ga.tal] | ٢ ݢاتل

Definisi : terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal-gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rengsa I(réngsa) 1. lemah badan, tidak ber­tenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid me­nyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma.Kamus Dewan Edisi Keempat
gatal-gatalterlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merenyam-renyamberasa gatal-gatal: Selepas menebang perdu buluh itu, badannya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ruam panasruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd kelenjar peluh;Kamus Dewan Edisi Keempat
merengsakanmenyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pen­dedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;Kamus Dewan Edisi Keempat
sengkela IIKd penyakit kudis atau gatal-gatal pd buah kemaluan.Kamus Dewan Edisi Keempat
iritasi(Ubat) keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kutu airsj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurappenyakit kulit yg mudah berjangkit dan menyebabkan kulit gatal-gatal, Tinea tonsurans.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keridassj penyakit kulit yg menye­babkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas