Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal.ga.tal] | ٢ ݢاتل

Definisi : terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal-gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diturutkan gatal tiba ke tulang.Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati gatal mata digaruk.Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kini gatal besok digaruk.Pertolongan yang terlambat datang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain gatal lain digaruk.Lain soal lain jawabnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa gatal dialah menggaruk.Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi.Sesuatu yang mustahil dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyamuk mati, gatal tak lepas.Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang yang puru gatal tubuhnya, nescaya menggaru juga kerjanya.Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang.Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. pelak = panas, gerah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak menggaruk tidak berkuku.Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas