Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal.ga.tal] | ٢ ݢاتل

Definisi : terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal-gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
urticariaurtikariaPerubatanTiadaTindak balas alergi pada kulit yang ditandai dengan letusan bintat-bintat merah yang terasa gatal-gatal. Letusan ini yang jarang-jarang bertahan lebih daripada dua hari, mungkin juga wujud dalam bentuk kronik. Keadaan atau bahan tertentu, seperti makanan, ubat-ubatan atau tekanan jiwa mungkin mencetuskan keadaan ini.
eczemaekzemaHerbaFitoterapiKeradangan kulit yang tidak berjangkit, juga dikenali sebagai dermatitis atopik. Ekzema dicirikan oleh kulit kemerahan, gatal-gatal dan rasa melecur yang menyebabkan kulit menjadi bersisik dan/atau mengeras.
whealbintatPerubatanTiadaBahagian kulit yang berwarna lebih merah atau pucat daripada warna kulit di sekelilingnya, yang sering kali disertai dengan gatal-gatal. Bintat ini mungkin menghilang dengan cepat atau mungkin dalam masa beberapa jam. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh gigitan serangga, alergi dan lain-lain.
chilblainsruam sejukPerubatanTiadaKeadaan pada kulit apabila eritema berlaku pada jari-jari kaki serta tangan dan telinga, yang disertai dengan gatal-gatal dan sakit akibat sekitaran yang terlalu sejuk. Kadang-kadang terdapat bengkakan pada tempat tersebut. Keadaan ini terjadi terutama semasa musim salji, ataupun kepada pekerja yang terlibat dengan industri pembekuan.
allergyalergiPerubatanTiada1. Kerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan, biasanya protein yang boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
allergy(alahan/alergi)GerontologiTiadaKerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan, biasanya protein yang boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
allergyalergiPentadbiran PerniagaanTiada1. Kerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan, biasanya protein yang boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
scabiesskabiesPerubatanTiadaSejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit, disebabkan oleh tungau, Sarcoptes scabiei, yang mengorek masuk ke dalam stratum korneum dan membentuk terowong. Penyakit mengakibatkan rasa gatal-gatal dan berkudis. Sin: kudis buta
samaksamakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra spp., Gordonia spp., dan Schima spp. daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gatal-gatal, gegatal, jalung, medang gatal, mengkula, samak pulut, tiup-tiup, dan tiup, di Sabah ialah bawing dan meluluk, dan di Sarawak ialah legai dan tekoyong-koyong. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu samak berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, mengering dengan perlahan, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu samak boleh digunakan untuk lantai, papan panel, papan lapis, dan keranka pintu dan tingkap.
acrodyniaakrodiniaKimiaForensik1. Penyakit yang dikenali sebagai penyakit merah jambu atau eritroedema. Penyakit ini berlaku pada bayi atau kanak-kanak pada peringkat tumbuh gigi, yang dicirikan dengan gatal-gatal, bengkak dan Kemerahan pada muka,jari tangan dan kaki, keresahan, keadaan lemah, dan neuritis. Keadaan ini di sebabkan merkuri atau garam merkuri yang ditambah dalam serbuk ubat gigi, salap, dan sebagainya. 2. Penyakit pada haiwan yang terencat dan menjadi dermatitis yang dicirikan dengan ke- merahan dan bengkak pada bahagian hujung kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku di sebabkan gizi tulen yang ditambah dengan tiamina dan riboflavin. Keadaan ini boleh diatasi dengan menambahkan ragi yang mengandungi vitamin B6 kepada bahan makanan.
123456789

Kembali ke atas