Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.wang] | ݢاوڠ

Definisi : 1. dua tiang terpancang yg disambung di atasnya dgn kayu palang; 2. tiang gol (utk bola sepak dll); penjaga ~ penjaga gol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.wang] | ݢاوڠ

Definisi : ; menggawangkan melambai-lambaikan tangan (utk mengusir binatang dll); tergawang berkeadaan menggawangkan tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.wang] | ݢاوڠ

Definisi : 1 dua batang kayu yg dipancangkan dan disambung dgn kayu palang di atasnya. 2 tiang gol dlm permainan bola sepak dll: penjaga ~ penjaga (pintu) gol dlm permainan bola sepak dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLO

Polo ialah sukan menggunakan bola yang

dimainkan dengan menunggang kuda di padang

yang luas atau di dalam bangunan. Dalam

permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat

pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke

gawang pihak lawan.

UMUM 
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 

Kembali ke atas