Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.wat] | ݢاوت

Definisi : berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical areadaerah gawatPentadbiranTiadaTiada
parasympathetic nervous systemsistem saraf parasimpatetikPsikologiPsikologi UmumCabang daripada sistem saraf autonomik yang mengembalikan suasana gawat dalam badan individu yang dibangkitkan oleh sistem saraf simpatetik akibat tekanan atau kecemasan yang kembali menjadi tenang. Oleh itu, denyutan jantung kembali tenang, kadar pernafasan menjadi normal, tekanan darah menurun dan badan mula mengeluarkan peluh. Walaupun sistem saraf ini lambat tindakannya tetapi boleh berperanan sebagai penjana dan penyimpanan semula tenaga kepada individu. Kadangkala, tindakan saraf parasimpatetik ini jika melebihi hadnya boleh menyebabkan individu merasa pening atau pengsan setelah melihat kejadian yang menggerunkan atau mengejutkan.
contingency planrancangan luar jangkaanPengurusanPerancanganSuatu keputusan di peringkat perancangan yang memastikan terdapat tindakan segera dan sesuai, sekiranya berlaku sesuatu keadaan kecemasan dan gawat. Rancangan luar jangkaan dilakukan untuk memastikan aktiviti perniagaan tidak terjejas atau terhenti disebabkan tiada tindakan segera, apabila berlaku sesuatu masalah. Sekiranya tiada rancangan luar jangkaan diambil, berkemungkinan akan berlakunya kerugian atau kehilangan pelanggan disebabkan oleh operasi yang terhenti. Contohnya, pengilang membina rangkaian syarikat pembekalan sesuatu bahan mentah bagi memastikan pengeluaran tidak terjejas sekiranya salah satu pembekal gagal beroperasi. Sinonim rancangan kontingensi.

Kembali ke atas