Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara pemakaian bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara penggunaan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya bahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah elemen yang terkandung dalam gaya bahasa? Adakah aspek skema dan trope terkandung dibawah skop gaya bahasa? Adakah kajian yang dibuat mengenai gaya bahasa jatuh dalam kategori bidang retorik? Jika tidak, apakah jawapannya?Tidak banyak maklumat tentang gaya bahasa dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, tidak menemukan maklumat tentang skema dan trope dalam penulisan gaya bahasa, tetapi ada dibincangkan dalam tajuk retorik. Walau bagaimanapun untk mengesahkan maklumat tersebut sila rujuk guru dalam bidang berkenaan.Tatabahasa06.02.2014
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain

Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.  

Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.

Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya.  

Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain08.01.2009
saya ingin mengetahui gaya bahasa yang betul semasa membuat surat, tq.Gaya bahasa yang betul dalam membuat surat ialah gaya bahasa yang tidak menyalahi hukum tatabahasa.Tatabahasa26.07.2007
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulanganGaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu.Lain-lain03.10.2006
Selaat petang. Adakah kesemua ayat di bawah ini betul? 1. Gaya bahasa syair itu indah nian. 2. Gaya bahasa syair itu indah sangat. 3. Gaya bahasa syair itu indah benar.Ketiga-tiga ayat itu betul.Tatabahasa01.08.2014
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
Bagaimana cara menganalisis gaya bahasa cerpen dan contohnya. Selain itu boleh lampirkan contoh ucapan perasmian untuk mesyuarat agung sekolah atau pengacara pertandingan nasyid sekolah.

1.  Gaya bahasa dalam cerpen merupakan "gaya bercerita". Justeru untuk menganalisisnya memerlukan kefahaman inti cerita. Apakah jenis penerangan, dialog atau satira? Paling utama gaya bahasa yang digunakan harus "lebih menggambarkan daripada menjelaskan".

2.  Ucapan perasmian - contohnya dapat diakses/dicapai dalam internet.

3.  Skrip pengacara pertandingan perlu meliputi:

     i.     Sapaan - tetamu.

     ii.    Objektif pertandingan.

     iii.   Hadiah pertandingan.

     iv.   Nama peserta/pasukan bertanding.

     v.    Urutan/ atur cara pertandingan.

     vi.   Rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat.

  

Lain-lain05.03.2009
Assalamualaikum. Bolehkah pihak DBP menggariskan beberapa gaya bahasa yang puitis seperti penggunaan diksi, metafora dan sebagainya beserta maksud serta contoh-contoh penggunaan ayat dalam sesebuah cerpen atau novel?Waalaikumsalam. Tentang penggunaan gaya bahasa puitis ini saudara bolehlah melayari laman web kami dengan melihat beberapa contoh penggunaan tersebut khususnya dalam ruangan sastera. Contoh-contoh penggunaan gaya bahasa dalam puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Ini mungkin dapat membantu saudara. Terima kasih.Lain-lain04.01.2007
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GAYA BAHASA PERTAUTAN??Gaya bahasa pertautan merujuk bahasa yang digunakan untuk menunjukkan pertautan satu idea dengan satu idea yang lain bagi memperkukuh sesuatu wacana. Sila rujuk buku-buku yang ada di pasaran  tentang perkara ini.Tatabahasa28.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas