Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (rangkaian) jalur kain dsb yg digunakan utk menghebahkan sesuatu kegiatan, produk dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegantung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah gegantung atau papan tanda di Malaysia dibenarkan untuk dikarang dalam bahasa Cina atau Inggeris atau bahasa bukan kebangsaan sepenuhnya? Jika tidak dibenarkan, ke mana orang awam perlu salurkan aduan?Untuk makluman tuan, papan tanda yang dipasang di premis perniagaan dan tempat awam perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul atau jika bahasa lain digunakan mesti ada padanan dalam bahasa Melayu (buat dwibahasa) dan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi susunan dan saiz (bahasa Melayu di bahagian atas teks bahasa lain dan saiz teks hendaklah lebih besar). PBT mengenakan syarat untuk permohonan lesen, setiap papan tanda perniagaan yang hendak dipasang di premis perniagaan perlu mendapat sijil pengesahan bahasa Melayu yang baik dan betul daripada DBP. Aduan boleh dibuat melalui http://kndbp.dbp.gov.my (klik Pantau Tegur Bahasa/Aduan Pelanggan).
Lain-lain21.10.2022
gambar kain gegantung dilampirkan kepada pengarah untuk mendapatkan pengesahan dari pihak tuan.Salam sejahtera,

Tuan, 

Untuk pengesahan iklan sila daftar  iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain27.04.2018
Bagaimana cara untuk dapatkan kelulusan lesen gegantung dengan kadar segera?? saya mendapati bahawa syarikat perlu mendapatkan kelulusan dari DBP sebelum gantung gegantung di kawasan Majlis Daerah Labis.Untuk pengesahan iklan, tuan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain08.12.2015
memohan semakan untuk gegantungLaman web Khidmat Nasihat DBP ini adalah untuk pertanyaan berkenaan aspek istilah, tatabahasa, sastera dan perkara lain berkaitan kebahasaan.  Permohonan semakan gegantung boleh dibuat di laman web dbpsahbahasa.my.Lain-lain03.06.2017
Saya ingin memohon lesen iklan (kain rentang/gegantung) di Majlis Perbandaran Sepang. Pihak Majlis mahu surat sokongan dari pihak DBP yang menyatakan ayat di kain rentang/gegantung tersebut mengikut piawaian dari DBP saya harap pihak tuan dapat membantu saya. (surat melalui email juga diterima)Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat sokongan untuk pemasangan iklan. DBP menyediakan portal khas untuk semakan dan pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (boleh diakses melalui carian di Google).Lain-lain09.12.2015
IMPRESS HOME FURNISHINGAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan bagi gegantung/kain rentang?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung/kain rentang anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain29.11.2017
Bagaimana untuk menyemak bahasa untuk pemasangan gegantung

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain17.05.2018
Bagaimana cara memohon untuk membuat semakan dan pengesahan bagi gegantung yang dihasilkan oleh Bahagian ini sebelum memohon pas pelepasan daripada Majlis Bandaraya Seremban (PBT)

1. Untuk mendapatkan pengesahan iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa  3 hari bekerja).
2. Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan.

Lain-lain07.10.2019
Perkataan atau ayat yang lebih sesuai bagi tempahan poster/gegantung contoh: SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2017 ATAU SELAMAT HARI DEEPAVALI 2017. Mana satu yang betul atau sesuai? sekian terima kasihSELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2017 dan SELAMAT HARI DEEPAVALI 2017, kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa26.09.2017
Selamat petang Tuan/Puan, Dalam kegunaan iklan dalam surat khabar, gegantung / banner / pop card dan sebagainya "printing material" dalam stor(hypermarket), perkataan yang mana lebih tepat untuk sebut barang/produk yang baru? BARU atau BAHARU?Kedua-dua perkataan, iaitu BARU dan BAHARU boleh diterima: PRODUK BARU atau PRODUK BAHARU.  Akan tetapi yang lebih tepat ialah PRODUK BAHARU.Istilah04.01.2017
1234567

Kembali ke atas