Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gat] | ݢݢت

Definisi : sj serangga yg suka makan kain (kertas dll), ngengat; ubat ~ kapur barus atau naftalena dlm berbagai-bagai bentuk spt bebola yg digunakan utk menghalang gegat drpd merosakkan kain (kertas dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gat] | ݢݢت

Definisi : serangga halus yg merosakkan (melubangi dsb) pakaian, buku dll. ubat ~ kapur barus atau naftalena (dlm pelbagai bentuk, spt bebola) yg digunakan utk menghalang atau utk mencegah gegat drpd merosakkan pakaian, kertas dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Boleh saya tahu maksud semua istilah serangga ini dalam Bahasa Melayu. (Dobsonfly, lacewing, fishfly, snakefly, sawfly, weevil, scorpionfly, caddisfly, booklice, barklice, mantidfly, stonefly, firebrat, bristletail, hellgrammite.) Saya harap Kamus Dewan Edisi seterusnya dapat memasukkan istilah-istilah ini yang diMelayukan. Terima kasih.Untuk makluman, istilah serangga yang mempunyai padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
1. lacewing - sibur-sibur
2. sawfly - lalat gergaji
3. weevil - kekabuh
4. scorpionfly - serangga jengking
5. booklice - gegat buku/kutu buku
6. firebrat - gegat
7. bristletail - gegat ekor kejur
8. caddisfly -serangga kadis

Istilah yang lain akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Istilah05.04.2013

Kembali ke atas