Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gat] | ݢݢت

Definisi : sj serangga yg suka makan kain (kertas dll), ngengat; ubat ~ kapur barus atau naftalena dlm berbagai-bagai bentuk spt bebola yg digunakan utk menghalang gegat drpd merosakkan kain (kertas dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gat] | ݢݢت

Definisi : serangga halus yg merosakkan (melubangi dsb) pakaian, buku dll. ubat ~ kapur barus atau naftalena (dlm pelbagai bentuk, spt bebola) yg digunakan utk menghalang atau utk mencegah gegat drpd merosakkan pakaian, kertas dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
firebratgegatPerhutananTiadaTiada
bristletailsgegat ekor kejurPerhutananTiadaTiada
silverfishgegatPentadbiran PerniagaanTiadaSerangga kecil berwarna keperak-perakan, yang suka makan kain, kertas dan lain-lain.
book licegegat bukuKomunikasiTiadaTiada
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.
acrylicakrilikPentadbiran PerniagaanTiada2. Hasil barangan berkait atau bertenun daripada yarn akrilik, mudah basuh, cepat kering, tidak renyuk, tahan gegat dan tahan tahi lalat.
naphthalene poisoningkeracunan naftalenaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan naftalena (formula kimia, C10H8) , iaitu bahan yang terdapat dalam ubat gegat, dan merupakan bahan kimia paling berbahaya bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah. Gejala keracunan termasuk loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, spasma otot, dan konvulsi. Tanda utama keracunan ialah hemolisis, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, oliguria, hematuria, anemia, demam kuning dan disuria, diikuti dengan oliguria atau anuria. Dalam keracunan lebih serius, konvulsi dan koma mungkin berlaku. Keracunan kronik akibat pengingesan menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Kesan setempat akibat kegunaan naftalena berterusan mungkin menyebabkan dermatitis yang dicirikan dengan kulit menjadi gatal, kemerahan, bersisik, berair, dan berkuping. Jika terkena mata, bahan ini menyebabkan kerengsaan dan kecederaan komea. Penemuan makmal menunjukkan bilangan sel darah merah ialah 20% - 40% dari normal. Bilangan sel darah putih mungkin meningkat. Hemolisis mungkin terjadi. Air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, protein, dan kas. Dos parah akibat pengingesan adalah lebih kurang 2 g, dan had pendedahan ialah 10 ppm.
naphthalenenaftalenaKimiaBiokimiaHidrokarbon aromatik dalam bentuk hablur putih, berbau menyesakkan hidung, memejalwap pada suhu bilik, dan beracun jika disedut. Hablur ini tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam benzena, alkohol atau eter dan diperoleh daripada penyulingan tar batu arang dan petroleum, serta digunakan sebagai bahantara dalam sintesis ftalik anhidrida naftol dan pewarna organik, racun kulat, ubat gegat, pelincir, resin sintetik, antiseptik dan serbuk tanpa asap.

Kembali ke atas