Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1. tanda-tanda (akan terjadinya se­suatu), alamat, petanda: ~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. (Ubat) perubahan dlm fungsi badan seseorang yg menunjukkan tanda-tanda adanya sesuatu penyakit yg berkaitan: ~-~ demam denggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1 sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu; tanda akan berlakunya sesuatu: Sekarang ini terdapat ~-~ yg menunjukkan perpecahan dlm pimpinan parti. 2 keadaan yg menjadi tanda(-tanda) penyakit: ~-~ demam campak ialah panas badan dan tumbuh bintil-bintil merah pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gejala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETANDAPETANDA, sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia. Petanda menyampaikan pengetahuan apa yang akan berlaku sebelum seseorang itu mengalaminya. Dengan demikian, petanda memberi peluang bagi mengelakkan sesuatu perkara daripada benar-benar berlaku. Di kalangan orang Iban, petanda hasil daripada ‘berburung’ adalah perhubungan antara dewa-dewa dengan manusia, supaya manusia mengetahui apa yang akan ditempuhinya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKepercayaan
ANTIHISTAMINA

Antihistamina ialah nama sekumpulan ubat

yang digunakan untuk merawat gejala alergi.

Gejala ini termasuk mata yang merengsa, hidung

berair, bersin dan gatal-gatal. Ahli kimia Perancis

mencipta antihistamina pertama yang berguna

pada awal tahun 1942.

UMUM 
MIALGIK ENSEFALOMIELITIS (ME)

Mialgik ensefalomielitis (ME) juga dikenali

sebagai sindrom lesu kronik ialah sejenis

gangguan yang menimpa kebanyakan orang

dewasa. Ia dicirikan oleh lesuan teruk yang boleh

berlaku berulang kali dari semasa ke semasa

ataupun terjadi berterusan untuk berbulan-bulan

lamanya ataupun lebih. Semasa tempoh itu, pesakit

biasanya kekurangan tenaga untuk menjalankan

kebanyakan kegiatan harian yang ingin mereka

lakukan. Tanda-tanda lazim lain termasuklah sakit

dalam otot-otot dan sendi, sakit kepala, kecelaruan

mental, kemurungan, resah dan rasa jengkel. Suatu

diagnosis diperlukan bagi mencari gejala-gejala

dan mengetepikan sebab-sebab lain yang mungkin

menyebabkan keadaan itu.

UMUM 
PSIKOSIS

Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk

menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis

dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang

dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang.

Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar

suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya,

dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau

ada orang sedang membuat rancangan jahat

terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ).

UMUM 
DEMAM

Demam ialah keadaan apabila suhu tubuh

meningkat lebih tinggi daripada aras biasa. Demam

ialah salah satu gejala penyakit yang paling biasa.

Apabila demam menjadi gejala utama suatu

penyakit, ia mungkin sebahagian daripada nama

sesuatu penyakit seperti demam skarlet atau

demam kuning. Istilah perubatan bagi demam ialah

pireksia.

UMUM 
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 
REPUT

Reput ialah gejala bagi banyak penyakit tumbuhan

apabila tumbuhan reput. Penyakit reput disebabkan

oleh bakteria atau kulat yang menjangkiti tumbuhan

dan membunuh selnya. Reput cepat memusnahkan

buah dan sayur-sayuran, tetapi penanam membantu

mencegahnya dengan menyembur tumbuhan

dengan racun serangga.

UMUM 
DIABETES

Diabetes ialah nama dua penyakit yang

mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga

yang berlebihan dan pengeluaran air kencing

yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada

diabetes melitus, yang merupakan penyakit

yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh

menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit

yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari

atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak,

tidak berfungsi secara normal.

UMUM 
SIFILIS

Sifilis ialah penyakit yang berjangkit melalui

hubungan seks dan dapat menimbulkan beberapa

gejala yang teruk jika tidak dirawat. Sifilis

disebabkan oleh spirochaete (bakteria dalam

bentuk bergulung-gulung) dikenali sebagai

Treponema pallidum. Organisma ini hidup hanya

pada manusia dan biasanya berjangkit semasa

hubungan seks.

UMUM 
DISPEPSIA

Dispepsia ialah istilah yang digunakan secara

longgar untuk merujuk kepada gangguan

penghadaman. Dispepsia melibatkan gejala

seperti sakit pada abdomen atas, pedih hulu hati,

sendawa, bahagian perut berasa sendat dan sebu,

dan memuntahkan makanan atau cecair berasa

masam.

UMUM 
123

Kembali ke atas