Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1. tanda-tanda (akan terjadinya se­suatu), alamat, petanda: ~-~ keburukan akhlak kanak-kanak sudah mulai nampak; 2. (Ubat) perubahan dlm fungsi badan seseorang yg menunjukkan tanda-tanda adanya sesuatu penyakit yg berkaitan: ~-~ demam denggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ja.la] | ݢجالا

Definisi : 1 sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu; tanda akan berlakunya sesuatu: Sekarang ini terdapat ~-~ yg menunjukkan perpecahan dlm pimpinan parti. 2 keadaan yg menjadi tanda(-tanda) penyakit: ~-~ demam campak ialah panas badan dan tumbuh bintil-bintil merah pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gejala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crush syndromesindrom remukPerubatanTiadaEdema, oliguria, dan gejala-gejala kegagalan buah pinggang yang lain akibat hancurnya sesuatu bahagian, khasnya gumpalan otot yang besar.
secondary symptomgejala sekunderBiologiPatologiGejala yang tidak utama, gejala tambahan, atau gejala yang biasa dijumpai pada banyak jenis penyakit. Gejala ini tidak digunakan untuk diagnosis penyakit di lapangan. Contohnya ialah gejala daun menguning dan luruh pada hampir semua jenis tumbuhan yang terserang penyakit busuk akar, akibat gangguan penyerapan dan pengangkutan air. bd. gejala primer.
remissionperinganan; pengurangan; kebahPerubatanTiadaPengurangan atau kehilangan untuk sementara gejala-gejala utama sesuatu penyakit.
preclinicalpraklinikalPerubatanTiadaBerkaitan atau terjadi sebelum bermulanya penyakit dan terdapatnya gejala-gejala klinikal.
poliomyelitispoliomielitisPerubatanTiadaSejenis penyakit virus akut yang berlaku secara epidemik dan sekali-sekala. Penyakit ini dicirikan dengan gejala-gejala, seperti demam, sakit tekak, pening dan muntah-muntah. Gejala ini sering disertai dengan kekakuan pada belakang tubuh dan leher. Dalam keadaan yang teruk, penyakit ini mungkin mengakibatkan kelumpuhan.
meningiomameningiomaPerubatanTiadaTumor yang keras, berkembang perlahan-lahan dan kebanyakannya terjadi pada salur meningeal dan menghasilkan gejala-gejala dengan menekan tisu saraf yang terletak di bawahnya.
cat-scratch diseasepenyakit cakar kucingPerubatanTiadaPembentukan granuloma pada cakaran kucing dan adenitis limfa sekawasan, terjadi 1-3 minggu selepas cakaran, diiringi dengan gejala-gejala sistemik.
symptom nomenclaturetatanama gejalaBiologiPatologiKaedah dan tatacara menamakan gejala penyakit, iaitu berdasarkan gejala khas yang nampak. Kaedah ini ada kalanya dikaitkan dengan nama penyebab penyakit atau mekanisme perkembangan penyakit. Contohnya belak, cerana, layu, kudis, bantut dan lain-lain.
crack tooth syndromesindrom gigi retakPerubatanTiadaTanda dan gejala seperti gejala pendedahan pulpa atau dentin pada gigi, biasanya berestorasi besar dan sakit apabila makan.
primary symptomgejala primerBiologiPatologiGejala utama yang merupakan ciri sesuatu penyakit. Gejala utama digunakan untuk diagnosis penyakit di lapangan yang bertujuan untuk menentukan nama penyakit dan penyebabnya. bd. gejala sekunder.
12345678910...

Kembali ke atas