Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.la.gat] | ݢلاݢت

Definisi : 1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.la.gat] | ݢلاݢت

Definisi : 1 sesuatu yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu peristiwa; petanda: ~ akan pecahnya perang dunia sudah banyak sekarang. 2 gerak-geri atau tingkah laku yg menunjukkan seseorang itu akan berbuat sesuatu: Drpd ~nya, dia betul-betul hendak mengahwini gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelagat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
organisational behaviortingkah laku organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Sikap, kelakuan atau gelagat individu atau kumpulan individu tertentu di tempat kerja. Sikap, kelakuan atau gelagat tersebut berupaya mempengaruhi sistem operasi organisasi. Pada keadaan tertentu,  boleh memberikan kesan positif atau negatif terhadap pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada sikap, kelakuan atau gelagat tersebut ditafsirkan. Antara kepentingan konsep ini adalah untuk mempertingkatkan kecekapan sistem pentadbiran, mempengaruhi pengeluaran output, produk atau perkhidmatan. Konsep ini juga berupaya mendedahkan majikan kepada kaedah yang sesuai untuk mempertingkatkan kemahiran dan motivasi kakitangan serta memudahkan perancangan, pelaksanaan dan pembuatan keputusan dalam organisasi. Justeru itu, majikan atau pihak pengurusan atasan perlu sedar dan bijak mengawal serta memantau tingkah laku individu atau kumpulan dalam organisasi bagi memastikan hala tuju organisasi dapat dibentuk dengan sempurna, selaras dengan visi dan misi yang telah dirancang.

administrative behaviourtingkah laku pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, kelakuan, gelagat individu atau kumpulan individu dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran. Sikap, kelakuan atau gelagat pentadbiran ini akan mempengaruhi persekitaran kerja khususnya dalam mengendalikan sesuatu tindakan atau menyelesaikan sesuatu pertikaian. Anggota pentadbiran perlu mengamalkan nilai dan etika murni ke arah memupuk semangat kerjasama, menyumbangkan kesinambungan idealisme dan motivasi kerja sesebuah organisasi. Adalah menjadi tugas utama pucuk pimpinan untuk melahirkan kesedaran di kalangan anggota mereka bagi memastikan segala misi, visi, matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai.

vanitygelagatSejarahTiadaTiada
market conductgelagat pasaranPentadbiranTiadaTiada
consumer behaviourgelagat penggunaKomunikasiTiadaKelakuan atau sikap pengguna semasa membuat pilihan terhadap barangan yang hendak diperolehnya. Kajian terhadap kelakuan pengguna merupakan satu disiplin ilmu dalam bidang pengiklanan. ragam pengguna.
mass behaviourgelagat massaKomunikasiTiadaPerilaku atau tindakan orang ramai semasa berhadapan dengan pihak media.
social behaviorgelagat masyarakatKomunikasiKorporatKeadaan manusia yang bertindak balas terhadap diri dan perkitaran. Setiap manusia memiliki tingkah laku secara semula jadi yang dibentuk oleh persekitaran. Dalam perhubungan awam, perancang strategi pengiklanan atau komunikasi korporat akan menggunakan hasil analisis tingkah laku untuk mengenal pasti cita rasa dan arah aliran gaya hidup dan kepenggunaan khalayak. Maklumat tingkah laku ini digunakan sebagai asas untuk merancang penghasilan barangan dan perkhidmatan baru di samping memantapkan barangan perkhidmatan yang sedia ada. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan industri dan meningkatkan pasaran. Selain itu, maklumat tingkah laku ini juga dijadikan sebagai asas rujukan penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi. Sinonim tingkah laku masyarakat.
social behaviortingkah laku masyarakatKomunikasiKorporatLihat gelagat masyarakat.
event studykajian peristiwaPentadbiran PerniagaanTiadaAnalisis empirikal tentang gelagat harga saham di sekitar peristiwa tertentu.
limericklimerikKesusasteraanTiadaPuisi lucu dan nakal yang memerihalkan gelagat manusia dan keadaan tempat. Rangkap beritma puisi ini ialah lima baris, iaitu a,a,b,b, a dengan dua tekanan suku kata pada baris ketiga dan keempat, dan tiga tekanan di baris yang lain. Contoh limerik terdapat dalam buku Book of Nonsense oleh edward Lear. Antara penulis terkenal yang menulis puisi ini ialah Tennyson, Swinburne dan Kipling. Limerik mula diperkenalkan pada tahun 1820-an. Contoh sebuah limetrik adalah seperti yang berikut: The was an Old Man with a beard, Who said, �It is jus as I feared! Four Larks and a Wren, Tho Owls and a Hen, Have all built their nests in my beard!�
123

Kembali ke atas