Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk meng­gantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang); ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang) Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung, kemunting, kerai, perupuh, segera), Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2 barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai pd pangkal lengan oleh raja-raja atau pengantin. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1 membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok adalah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2 membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1 = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2 = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
inansaran Kd Kjperhiasan leher yang berupa gelang-gelang yang diperbuat daripada tembaga.Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lungkaki Kd Ltgelang kaki.Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ginontob Kd Kjsejenis gelang tangan.Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unus lebus Ibgelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki).Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpa Ibgelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban.Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unus Ibgelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam.Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belilit Kdsejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan di kaki atau tangan.Belilit - ini sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga, boleh digunakan sebagai perhiasan di kaki ataupun di tangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerimuk Ibsejenis gelang perak yang dipakai di bahagian betis orang lelaki (kaum Iban).Sirat panjang amat menawan membelit riba, meliliti pinggang Gelang engkerimuk sungguh cucuk seperti sampuk meniti batang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
batakan Rgperhiasan pada pakaian tradisi wanita Rungus berupa gelang tangan diperbuat daripada kulit kerang (kima).Batakan - sejenis gelang yang diperbuat daripada kulit kerang (kimoh), diletakkan di bahagian lengan, di sebelah menyebelah tangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kinumoi Rgsejenis gelang tangan.Kinumoi juga daripada kerang (kimoh) dan juga digunakan di lengan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas