Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.ge.lang] | ٢ ݢلڠ

Definisi : 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang-gelang

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticoronaantikoronaFizikOptikFenomenon belauan yang terjadi pada suatu titik tepat di hadapan pemerhati sementara matahari atau bulan di belakangnya. Pembelauan ini mengandungi gelang-gelang cahaya berwarna yang saling melengkapi dengan gelang-gelang korona.
cockade structurestruktur balungGeologiTiada1. Gelang-gelang sepusat daripada sulfida-sulfida yang berbeza yang mengelilingi kepungan.,2. Digunakan untuk kerak-kerak daripada mineral-mineral berbeza yang berturutan yang termendap di atas serpihan breksia di dalam telerang.
core storestor terasKejuruteraanTiadaStor dalam komputer yang terdiri daripada gelang-gelang besi kecil dalam barisan dan lajur yang dapat dimagnet sama ada pada arah jam atau arah lawan jam, dan dengan itu menghasilkan storan perduaan.
longitudinallongitud/membujurKejuruteraanTiadaGalang yang merentasi bahagian luar kerangka kapal udara tegar. Ia menghubungkan gelang-gelang luar bagi kerangka-kerangka melintang.
bronchusbronkusBiologiHistologi dan SitologiSalur udara yang menyambung trakea dengan paru-paru vertebrat. Bronkus terdiri daripada gelang-gelang rawan yang tersusun dan dikelilingi otok tak berjalur. Pada sebelah dalam dindingnya terdapat sel kelenjar yang merembeskan serum dan sel bersilium yang berperanan memerangkap habuk dan kotoran supaya tidak memasuki paru-paru.
ring mountainsgunung gelangMatematikTiadaKawasan tinggi di permukaan bulan yang terdiri daripada bongkah timbul berbentuk gelang-gelang seperti Apenuiness.
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran.
ring of Saturngelang ZuhalMatematikTiadaTiga gelang bulat yang berada betul-betul dalam satah khatulistiwanya yang melingkungi gelang ini dikenali juga sebagai gelang kuar, gelang cerah dan gelang krep.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifTiadaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
12345678910...

Kembali ke atas