Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANGSURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946.  Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa.  Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat.  Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin.SASTERAKarya
GELANGGANG

GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”.

SASTERAInstitusi/Organisasi
TENIS

Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai

seorang atau dua orang pemain pada setiap

gelanggang, yang menggunakan raket untuk

memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi

jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata

yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain

cuba memungut mata dengan memukul bola supaya

pemain lawan gagal mengembalikan bola itu

melepasi jaring ke dalam gelanggang.

UMUM 
TENIS DIRAJA

Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar

ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali

dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun

yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak

semukur yang berbumbung curam atau emper,

bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk

penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring

direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai

terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama

tertentu seperti chase a yard worse than last gallery

dan hazard chase the door.

UMUM 
TENIS PELANTAR

Tenis pelantar ialah permainan tenis yang

berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di

Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada

dua pemain di setiap gelanggang servis dengan

menggunakan bet untuk memukul semula bola

melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar

bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan

dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet

yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong

dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet

tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah

yang berwarna kuning.

UMUM 
KOMPLEKS SUKAN NEGARA

Kompleks Sukan Negara ialah kompleks

sukan Malaysia yang mempunyai lima buah

stadium atau gelanggang utama bertaraf

antarabangsa.

UMUM 
RACQUETBALL

Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas

dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan

di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola

dengan menggunakan raket yang menyerupai

raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini

dimainkan dalam gelanggang tertutup yang

berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan

6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan

secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam

permainan bola raket cut-throat , tiga pemain

bersaing sesama sendiri.

UMUM 
TINJU

Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung

antara satu sama lain dengan menggunakan

penumbuk mereka. Petinju memakai sarung

tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan

segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan

gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara

dua petinju yang setanding memperlihatkan

kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas.

UMUM 
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
ANDROCLES

Androcles juga dinamakan Androclus, ialah

hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan

bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri

dari tapak kaki seekor singa yang menderita

kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan

dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom.

Singa itu mengenali Androcles dan enggan

mencederakannya. Drama George Bernard Shaw,

Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan

cerita ini.

UMUM 
12

Kembali ke atas