Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mid courtgelanggang tengahSukanTiadaBahagian gelanggang yang terletak di antara gelanggang hadapan dan gelanggang belakang.
gelangganggelanggang (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
kawasan gelanggangkawasan gelanggangSukanTiadaKawasan berpagar di sekeliling gelanggang permainan tempat berada pemain, tukang dan pengadil dan gasing yang dibenarkan.
ring spotlightlampu sorot gelanggangSukanTiadaLampu yang dipasang bersetentangan di atas gelanggang untuk menerangi keseluruhan gelanggang.
gelanggang permainangelanggang permainanKesenianTiadaTempat untuk menaikkan wau lazimnya disempadani oleh pagar, pokok, parit dan khemah di sekelilingnya.
boxing rope1. tali gelanggang 2. jubah tinjuSukanTiada1. Tali gelanggang: Empat 4. utas tali yang mengelilingi gelanggang tinju yang disalut dengan kain atau bahan lembut. 2. Jubah tinju: Pakaian panjang dan labuh yang dipakai oleh petinju sebelum dan selepas perlawanan.
courtgelanggangSukanTiadaGelanggang: Medan atau lapangan berbentuk segi empat tepat, mempunyai garis sempadan tertentu, berwarna kuning atau putih, bertiang untuk dipasang jaring, berukuran tertentu untuk permainan beregu atau perseorangan khusus untuk permainan badminton.
glass courtgelanggang kacaSukanTiadaGelanggang skuasy yang diperbuat daripada kaca.
playing areagelanggang permainanSukanTiada2. Gelanggang permainan: Ruang padang permainan.
portable squash courtgelanggang mudah alihSukanTiadaGelanggang kaca yang mudah alih.
12345678910...

Kembali ke atas