Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inky~ /black, dark/ gelap-gelita, gelap pekat: the room was ~ black, bilik itu gelap-gelita; an ~ dark night, malam yg gelap pekat; ~ /blackness, darkness/, kegelapan malam, malam yg /gelap-gelita, gelap pekat/: for a long time, he stood staring into the ~ blackness, lama juga dia merenung ke dlm kegelapan malam or malam yg gelap-gelita itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkadj 1. without light, gelap: it is too ~ now to walk home, hari sudah terlalu gelap utk berjalan pulang sekarang; a ~ sky, langit yg gelap; a ~ tunnel, terowong yg gelap; 2. (of colour) tua, gelap: ~ blue, biru tua; 3. not fair, a. (of person), (berkulit) hitam, /berkulit, kulitnya/ gelap; b. (of complexion, skin) gelap, hitam; c. (of hair, eyes) berwarna gelap; (tending towards brown) coklat gelap; (tending towards black) hitam; 4. (of clothing, wood, etc) berwarna gelap: a ~ dress, baju yg berwarna gelap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swarthy adj gelap; (of person) berkulit gelap: years spent in the sun had made his skin~, krn bertahun-tahun berjemur, kulitnya menjadi gelap; a ~ Bedouin chief, ketua kaum Badwi yg berkulit gelap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shadow2. an area of relative darkness, tempat gelap: suddenly a man appeared out of the ~s, tiba-tiba seorang lelaki muncul dr tempat gelap itu; in ~, dlm gelap: we couldn’t be certain who she was as her face was in ~, kami tdk pasti siapakah dia krn mukanya dlm gelap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkn 1. absence of light, gelap: she groped around in the ~, dia meraba-raba dlm gelap; afraid of the ~, takut akan gelap; 2. night, nightfall, malam tiba: they were forced to wait till ~, mereka terpaksa menunggu sehingga malam tiba; before ~, sebelum malam tiba; after ~, pd waktu malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duskyadj 1. (offensive) dark-skinned, berkulit gelap: a ~ race, bangsa yg berkulit gelap; 2. (of skin, complexion) gelap; 3. (of colour) muram: ~ brown, coklat muram; ~ red, merah senja; 4. dark, shadowy, suram: in the ~ firelight, dlm cahaya api yg suram itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkenedadj gelap: a ~ hall, dewan yg gelap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkishadj agak gelap: a ~, deep red, merah tua yg agak gelap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darkeningadj beransur(-ansur) gelap: a ~ sky, langit yg beransur gelap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darknessn 1. absence of light, kegelapan: in the ~ of the night, dlm kegelapan malam; 2. state of being dark, gelap: the studio was in complete ~, studio itu gelap-gelita; 3. quality of being dark in shade, a. (of complexion, skin) kehitaman, kegelapan; b. (of hair, eyes) berwarna gelap; (tending towards brown) berwarna coklat gelap; (tending towards black) kehitaman, hitam; c. (of clothing) kegelapan warna, berwarna gelap; 4. obscurity, kekaburan: the ~ of the prophecies, kekaburan ramalan-ramalan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas