Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap?Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul.Tatabahasa07.03.2015
Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu yang telah meragut keselamatan orang awam sejak berbulan lamanya. Tuan,saya nak tanya mengapakah perkataan“berbulan” dalam ayat ini menjadi‘berbulan-bulan’ bahkan bukannya berbulan? Rumahnya yang usang itu kelihatan sangat gelap-gelita apabila lampu pelita yang dinyalakannya terpadam kerana disembur angin. Mengapakah “sangat gelap-gelita” dan ‘disembur’ dalam ayat ini salah ya ?Minta Tuan boleh memberi penjelasan.Terima kasih1. Berbulan bermaksud ada bulan, dalam konteks ini perkataan yang betul ialah berbulan-bulan, menunjukkan banyak bulan atau lama.


2. Lihat maksud gelap dan gelap-gelita. Gelap bermaksud keadaan gelap dan gelap-gelita bermaksud sangat/amat gelap, perkataan gelap-gelita tidak boleh didahului kata penguat amat.
Tatabahasa13.01.2021
Betulkah penggunaan perkataan ini digelapgelitakanGelap gelita bermaksud keadaan yang sangat gelap. Perkataan "digelapkan", "bergelap", dan "menggelapkan" merupakan antara contoh perkataan berimbuhan bagi kata dasar gelap. Oleh hal yang demikian, tiada perkataan "digelapgelitakan".Makna25.03.2014
"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa20.03.2011
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa17.03.2011
Dewan yang gelap menjadi gilang-gemilang selepas semua lampu dipasang. Salam sejahtera, boleh tanya penggunaan kata ganda di atas "gilang-gemilang" sesuai atau tidak? Terima kasih.Kata ganda yang betul ialah "Dewan yang gelap menjadi terang-benderang selepas semua lampu dipasang".Lain-lain09.12.2023
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag)Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata.Pembinaan Bakat16.07.2012
Masa depannya kegelapan setelah terlibat dalam kes jenayah itu. (apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini?)Penggunaan imbuhan ke-...-an untuk kata adjektif 'gelap' dalam ayat tersebut kurang tepat, ayat yang tepat ialah Masa depannya gelap setelah terlibat dalam kes jenayah itu.Tatabahasa20.02.2011
Ini merupakan soalan PT3.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? 1.Polis sudah mengetahuiakan rahsia kumpulan kongsi gelap itu. 2.Buku itu dia karang mengambil masa 10 tahun.1. Pilihan kata terbitan yang betul ialah mengetahui - Polis sudah mengetahui rahsia kumpulan kongsi gelap itu.
2. Binaan ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah - Buku itu dikarang oleh dia dalam masa 10 tahun.
Walau bagaimanapun sila rujuk pihak sekolah untuk mendapatkan skema jawapan yang betul.
Tatabahasa19.06.2018
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
1234567

Kembali ke atas