Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filamenfilamenMatematikTiadaGaris tak sekata yang dapat dilihat dalam spektroheliogram matahari. Ada yang cerah ada pula yang gelap. Yang gelap dikenal sebagai flokuli hidrogen.
MollisolMollisolGeologiTiadaOrder tanih yang mempunyai horizon A yang tebal, repui, gelap atau sangat gelap, dan tinggi kandungan humus dan besnya.
change bagkampit gelapKomunikasiTiadaKampit yang dibuat daripada kain berwarna hitam yang digunakan semasa menukarkan filem baru ke dalam kamera bagi mengelakkan filem supaya tidak terdedah kepada cahaya. Kampit gelap juga mempunyai persamaan fungsi dengan bilik gelap di dalam makmal foto, televisyen atau filem. beg gelap.
negative glowbara negatifKejuruteraanTiadaKawasan bercahaya dalam tiub nyahcas pada tekanan rendah yang terjadi antara ruang gelap katod dan ruang gelap Faraday.
dark eclipsing variablesbintang berubah gerhana gelapMatematikTiadaSistem bintang dedua yang terdiri daripada satu bintang yang agak gelap yang beredar mengelilingi satu sama lain, dan jika satah orbit masing-masing sejajar dengan garis penglihatan kita, bintang yang gelap itu akan menggerhanakan bintang yang cerah sekali dalam satu peredaran.
water skylangit airMeteorologiMeteorologi PerhubunganWajah gelap dibahagian bawah lapisan awan yang beradi di atas permukaan air terdedah, lazimnya di kawasan kutub. Langit air lebih gelap daripada langit tanah, dan jauh lebih gelap daripada kilau ais.
dark nebulanebula gelapMatematikTiadaTompok gelap dalam Bimasakti, dan berhampiran dengan sesetengah nebula yang cerah yang terserak luas. Tompok-tompok ini dipercayai terdiri daripada awan debu yang mengandungi kumin besi, zink atau tembaga.
dark-fieldmedan gelapFizikOptikKawasan gelap yang menjadi latar belakang bagi objek yang dilihat dalam ultramikroskop.
dark currentarus gelapKimiaKimia Analisislih. arus gelap elektrod.
black marketpasaran gelapKriminologiKeadilan JenayahSebahagian daripada ekonomi gelap yang melibatkan aktiviti pemerdagangan yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan secara tersembunyi yang biasanya melibatkan barangan yang terlarang atau terkawal. Contohnya, pemerdagangan hidupan liar.
12345678910...

Kembali ke atas