Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat utusan datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Jw; menggelar membentangkan, menghamparkan (tikar dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Ph sebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata panggilan dan Kata Ganti Nama diri... adakah kedua-duanya sama? Harap beri penjelasan. Terima Kasih.Tiada maklumat tentang kata panggilan dalam pangkalan data kami, kecuali kata panggilan hormat, iaitu bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia.Tatabahasa05.04.2015
assalamualaikum w.b.t Mohon kepastian bagi tujuan gelaran untuk surat rasmi; adakah gelar pada permulaan surat tersebut digunapakai bagi merujuk kepada penama yang dialamatkan i.e Pengarah Jabatan (Dato') atau kepada pegawai yang bertanggungjawab (Encik/Puan)?Pada kelazimannya sapaan dalam surat berdasarkan penerimanya. Contohnya, penerima YBhg. Dato' Ali bin Ahmad, Pengarah Tanah dan Galian …, maka sapaan dalam surat hendaklah mengikut gelarannya, manakala sekiranya surat dialamatkan kepada Pejabat Tanah dan Galian, … 25990 Kuantan, Pahang. (u.p.: Encik Jasni bin Abas), maka sapaan surat hendaklah berdasarkan penerimanya, iaitu Encik Jasni bin Abas. Dalam contoh yang kedua, hanya untuk perhatian yang diberikan nama.Tatabahasa14.04.2021
Buku text Tadika 3Q dengan gambar Kerang yang belum terbuka yang di letak dalam bakul, di gelar CENGKERANG Saya berdebat dengan guru tadika, bahawa itu Kerang, bukan Cengkerang, kalau Cengkerang, itu seharusnya kerang atau siput yang dah mati cuma tinggal cengkerang Harap pihad DBPM memberi nasihatUntuk makluman, ejaan yang betul ialah cangkerang. Ia membawa maksud kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). Ini bermakna, cangkerang bukannya mewakili kerang atau siput yang telah mati sahaja, tetapi untuk yang masih hidup juga. Untuk lebih jelas boleh rujuk di sini.Lain-lain03.08.2015
Terdapat kata dalam bahasa Melayu yang menerima imbuhan apitan meN ....kan seperti mengabaikan,mengumpulkan dan sebagainya.Bagaimanakah dengan perkataan GELAR,MENGGELARKAN ATAU MENGGELARI ATAU MENGGELAR? Manakah yang persis?Semua yang dinyatakan tersebut betul.Tatabahasa02.09.2008
Pokok Tabebuia Pentaphylla, bunganya digelar *tecoma dalam bahasa Inggeris. Jabatan Pertanian Malaysia guna *tecoma, sedangkan Majlis Bandaraya dan akhbar tempatan gelar bunga *tekoma (dengan huruf k). Mohon pencerahan ejaan bahasa Melayu standard bagi bunga tersebut.Berdasarkan sebutan, padanan ejaan tecoma dalam bahasa Melayu ialah tekoma.Ejaan26.03.2021
Salam tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kata panggilan hormat'? Adakah ianya merujuk 'datuk, datin, encik, puan, tan sri, puan sri, tun, tuan'?atau Yang Berusaha, Yang Arif, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan sebagainya? Terima kasih.Kata panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia. Tetapi sekiranya orang yang bergelar Datuk itu merupakan ADUN atau Senator, maka panggilan hormat yang digunakan untuk menyapa beliau ialah “Yang Berhormat’.  Sila rujuk Santun Berbahasa, terbitan DBP.Tatabahasa08.12.2014
Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih.Salam sejahtera.

Untuk makluman,

Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja.
Lain-lain22.01.2020
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.  Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.  Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya.  Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Lain-lain20.02.2019
Assalamualaikum tuan/ puan, Setahu saya gelaran Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas. Bagaimanapun saya keliru untuk menggunakan pada dialog. Sama ada pangkala awalan itu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri," kata Dian. Tan Sri atau tan sri? Sebab tiada nama selepas perkataan tan sri itu Harap pihak tuan/ puan dpt membantu kekeliruan ini. Terima kasih.Nama  gelar  Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin adalah merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar.  Contoh penulisan nama gelar  Tan Sri dalam ayat  ini betul, "Saya akan cuba selesaikan masalah ini Tan Sri", kata Dian.  Ejaan21.08.2017
Salam tuan/puan, Soalan saya bertarikh 8/12/2014 masih belum terjawab. Bolehkah tuan/puan memberi jawapan dengan segera? Terima kasih. Salam tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kata panggilan hormat'? Adakah ianya merujuk 'datuk, datin, encik, puan, tan sri, puan sri, tun, tuan'?atau Yang Berusaha, Yang Arif, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan sebagainya? Terima kasih.Jawapan soalan puan telah dijawab pada 9.43 pagi, 11 Disember 2014.  Jawapan yang diberikan ialah “Kata panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia. Tetapi sekiranya orang yang bergelar Datuk itu merupakan ADUN atau Senator, maka panggilan hormat yang digunakan untuk menyapa beliau ialah “Yang Berhormat’.  Sila rujuk Santun Berbahasa, terbitan DBP.”Tatabahasa11.12.2014
12

Kembali ke atas