Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat utusan datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Jw; menggelar membentangkan, menghamparkan (tikar dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Ph sebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAN MALAKA

Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa

Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam

perjuangan negaranya untuk memperolehi

kemerdekaan dari Belanda.

Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera.

Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun

1912, ibu bapanya telah memberikan gelar Tan

Malaka kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan

pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada

Komunisme.

UMUM 
TEUKU PANGLIMA POLEM

TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud ‘Abang’. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago’ atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SOENTING MELAJOE

SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia.  Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang.  Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau.  Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SITI ROHANA KUDUS

SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia.  Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan.  Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus.  Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir,  tokoh nasionalis Indonesia.  Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang.  Adiesa mengajarnya mengaji al-Qur’an, membaca dan menulis Jawi dan Rumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN MUTAHIRWAN MUTAHIR (  ?  -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863).  Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832.  Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad,  dari Terengganu.  Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya.  Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini.  Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ULEEBALANGULEEBALANG, jawatan hulubalang dalam pasukan tentera Aceh, Sumatera, Indonesia.  Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.  Uleebalang mengetuai sebuah negeri (daerah).  Sebuah negeri terdiri daripada beberapa mukim uleebalang dan uleebalang sebuah negeri mendapat mandat daripada Sultan Aceh untuk mengepalai negeri tersebut.  Sementara di daerah-daerah jajahan, sultan tidak melantik wakil baharu, sebaliknya menyamatarafkan raja-raja di bawah jajahannya dengan jawatan uleebalang.  Raja-raja ini tidaklah menggunakan pangkal gelaran uleebalang tetapi menggunakan gelaran setempat.  Contohnya uleebalang di Gayo dan Alas mendapat mandat terus daripada Sultan Aceh.  Uleebalang di daerah tersebut dipanggil dengan gelar ‘Keudjuruan’.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas