Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat utusan datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Jw; menggelar membentangkan, menghamparkan (tikar dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : Ph sebab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lar] | ݢلر

Definisi : 1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antonomasiagelar tenaranKesusasteraanTiadaTiada
page faultkecelaan halamanMatematikTiadaApabila sesuatu rujukan di buat ke atas suatu alamat pada halaman yang tidak wujud dalam ingatan utama, maka ia di gelar kecelaan halaman.

Kembali ke atas