Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran Datuk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Datin1 gelaran bagi isteri Datuk. 2 gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Datin1. gelaran bagi isteri Datuk. 2. gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri.Kamus Pelajar
Datingelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri).Kamus Dewan Edisi Keempat
Datuk II1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
syahbandarpegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang.Kamus Dewan Edisi Keempat
Datuk1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelar1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Datuk Serigelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
Datuk Patinggigelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
encik1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas