Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan, Apakah kata arah yang sesuai untuk ayat ini? Gelas-gelas disusun di dalam dulang. @ Gelas-gelas disusun di atas dulang. Harap tuan/puan boleh nyatakan alasan. Terima kasih.Gelas-gelas disusun di atas dulang, kerana dulang tidak ada ruang fizikal yang jelas seperti balang atau kotak.Tokoh30.04.2014
1. Berapa gelas airkah yang perlu kita minum setiap hari ? 2. Berapakah gelas air yang perlu kita minum setiap hari ? yang mana satu betu?Merujuk data kami, jawapan yang betul ialah 2. Berapakah gelas air yang perlu kita minum setiap hari?. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa15.06.2016
Ibu ______ gelas dengan air untuk diminum. Menuang/menuangi/menuangkan Apakah imbuhan yang tepat ?Ibu menuangi gelas dengan air untuk diminum. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk makna setiap perkataan tersebut dalam Kamus Dewan.Tatabahasa16.08.2015
puan zaharah memasukkan dua setengah gelas tepung ke dalam adunan ituAyat yang betul ialah "Puan Zaharah memasukkan dua setengah gelas tepung ke dalam adunan itu."Tatabahasa31.05.2013
Saya NANDHANA ingin tanya satu soalan .Adik ---- gelas plastik itu dengan air soya. A menuang B menuangi C menuangkan.
 Adik _____________ gelas plastik itu dengan air soya. JAWAPAN B. menuangi
Tatabahasa05.09.2015
ayat 1: Abang sedang menyusun gelas di atas meja. ayat 2: Adik sedang meletak pinggan di atas meja. soalan:adakah penggunaan kata sendi 'di' pada kedua-dua ayat itu betul?saya keliru dengan penggunaan kata sendi di dan ke. terima kasihKata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa08.02.2011
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'.Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. Tatabahasa28.08.2008
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih.Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur.  Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandinganTatabahasa01.05.2014
Apakah perbezaan ejaan koleh dan kole memandangkan terjemahan tankard ialah kole besi dan terjemahan mug ialah koleh? Bukankah kedua-dua perkataan tankard dan mug ialah perkataan sinonim yang merujuk kepada gelas minuman yang mempunyai pemegang?Penggunaan yang betul ialah "kole" kerana dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan tersebut merujuk kepada bekas minuman bertangkai yang dibuat daripada ayan dan lain-lain.Ejaan19.10.2020
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih.Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.03.2012
123

Kembali ke atas