Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCara mana memecah gelas, Gelas dipecah dalam telaga; Tuan laksana bunga nerejas, Bunga dicium dalam syurga.
Kurik Kundi Merah SagaBeli gelas beli cawan, Untuk pagi Hari Raya; Tidakkah belas hati tuan, Melihat nasib hidup saya.
Kurik Kundi Merah SagaApi dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk.
Kurik Kundi Merah SagaAir ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Kurik Kundi Merah SagaPecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.
Kurik Kundi Merah SagaNak majun kubagi majun, Majun sebutir di dalam gelas; Nak pantun kubagi pantun, Pantun sebutir tidak berbalas.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas.

Kembali ke atas