Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca; menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.las] | ݢلس

Definisi : 1 bekas minuman yg tidak bertangkai dan biasanya dibuat drpd kaca. 2 bahan yg keras tetapi mudah pecah dan dpt dilantasi cahaya; kaca. 3 serbuk kaca yg digunakan utk melapisi tali layang-layang. menggelas melapis tali layang-layang dgn serbuk kaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelas

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tekwan Ib, MSrteko yang dibuat daripada kaca.Talam berisi tekwan air limau berais dan sebiji gelas itu dibawanya keluar rumah.Novel Kedamaian Yang HilangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
suki Kdbekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai.Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menuntum Ib, MSrmeminum sesuatu terus dari botolnya.Tidak ada yang tidak mungkin. Selera hendak mabuk itu datang sendiri apabila melihat teman menuntum botol langkau atau secara yang lebih sopan, meneguk dari gelas atau cangkir.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
madsuwau Kd Prupacara untuk memuja semangat tajau (tempayan).Upacara ini dimulakan sama seperti pada upacara madsuwau, iaitu dengan mengadakan persembahan seperti beras di dalam sebuah talam yang dibentuk seperti busut, di atas dan di lereng busut beras itu diletakkan sebuah gelas yang berisi sedikit minyak kelapa dan beberapa biji pinang muda.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas