Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka); menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : balok kayu yg menyangga lantai rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelegar

Puisi
 

Orang desa mengorek liang,
     Dalamnya itu tiada beranggar;
Besar pasak dari tiang,
     Besar sendal dari gelegar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gar-gar,
     kata gelegar,
rasuk juga yang menahannya.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
joistn 1. (of floor) gelegar; 2. (of roof) jeriau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bearern 1. carrier (gen) pembawa; 2. carrier of equipment etc (as in expedition) pembawa (barang), tukang /bawa, pikul/ (barang); 3. carrier of coffin, palanquin, stretcher, etc, pengusung; 4. presenter of cheque, letter, etc, pembawa: the ~ of this letter, pembawa surat ini; a cheque payable to ~, cek utk dibayar kpd pembawanya; 5. courier (of news) pembawa: the ~ of good news, pembawa berita baik; 6. holder of position, office, etc, pemegang: office ~, pemegang jawatan; 7. support under floor, gelegar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas