Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka); menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.gar] | ݢلݢر

Definisi : balok kayu yg menyangga lantai rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelegar

Puisi
 

Orang desa mengorek liang,
     Dalamnya itu tiada beranggar;
Besar pasak dari tiang,
     Besar sendal dari gelegar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gar-gar,
     kata gelegar,
rasuk juga yang menahannya.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stringergelegarAeroangkasaTiada1. Gelegar: Jalur atau rasuk yang dilekatkan kepada kulit sayap untuk melawan beban yang normal kepada permukaan.,1. Gelegar: Jalur atau rasuk yang dilekatkan kepada kulit sayap untuk melawan beban yang normal kepada permukaan.
stringergelegarKejuruteraanTiada2. Gelegar: Struktur yang dipasang memanjang dari haluan ke buritan pada sisi kelompang dan di bawah geladak.
joistgelegar; jeriau; pelancar; rasukKejuruteraanTiadaGelegar: Rasuk keluli atau kayu yang menyokong lantai secara terus.
joist spanpanjang gelegarLandskapTiadaJarak kedudukan antara dua gelegar atau jeriau. Sinonim panjang jeriau.
joist; stringergelegarPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu gergaji panjang berbentuk segiempat bujur yang mempunyai ketebalan kira-kira dua kali ganda daripada lebarnya, dan banyak digunakan untuk memasang lantai. Gelegar lantai biasanya dipasang selari di atas rasuk dan di bahagian bawah lantai. Sin: alang. 2. Kayu yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, sebagai penyokong atau penyangga kepingan kayu yang lebih kecil daripadanya dan banyak digunakan dalam pembinaan jambatan, rumah, dan juga sebagai asas susunan kayu semasa keringan udara.
crippling strengthkekuatan remukanAeroangkasaTiadaKekuatan bahagian pesawat udara apabila kulit atau gelegar bahagian itu mula meleding.,Kekuatan bahagian pesawat udara apabila kulit atau gelegar bahagian itu mula meleding.
joistgelegar; jeriau; pelancar; rasuk; alangPerhutananTiadaTiada
bridging jointgelegarKejuruteraanTiadaTiada
information spinnergelegar maklumatKomputerTiadaTiada
side stringergelegar sisiKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas